Thursday, May 5, 2011

hidup tak selalunya indah

Semalam mmg aku betul2 terpukul.satu2 nya kekuatan yg aku ada musnah sama sekali.ku sangka panas hingga ke petang rupa2nya hujan ditengahari.walaupun semuanya telah dpt diselesaikan tapi parutnya masih dalam.masih terngiang2 di telinga aku ni... aku pasrah.semua org memandang rendah pada aku.semua org mengata aku & dia tak mampu utk berdiri sendiri.kejadian ini lebih menguatkan semangat aku utk lebih maju ke hadapan.akan ku buktikan yg kami bukan seperti yg mereka sangkakan.InsyaAllah.. 

kalau lah emak masih ada.mungkin semua ini tak akan berlaku.aku pula asyik menangis sendiri.berjuang sendiri utk kebahgiaan sendiri.jiwa aku dah tak sanggup utk menerima segala kekusutan yg ada.ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada kami.kami sudah tidak ada tpt bergantung lagi.kami perlu berdiri sendiri selepas ini.permudahkanlah segala urusan kami.

setiap hari aku berdoa supaya tiada lagi sebarang masalah yg akan timbul.kenapalah mereka semua suka jadikan aku seperti budak2 hingusan.seolah-olah aku tidak pandai berfikir & membuat sebarang keputusan utk diri sendiri.percayalah! setiap yg aku lakukan telah aku fikir masak2.. susah2 aku sekarang ini aku tak pernah nak libatkan org lain.kenapa mesti org lain pertikaikan setiap apa yg aku buat.mulut org mmg tak boleh nak tutup.jagalah tepi kain kamu sendiri dari sebuk dgn hal kami yg baru ingin membina hidup tanpa ehsan org lain.

biar mati adat jgn mati anak... fikir2kanlah...