Wednesday, October 19, 2011

debaran semakin kencang

41 days to go.... go where? stay jb lah hehe....


semakin dekat tarikh semakin aku berdebar.aku happy akhirnya aku dpt bersama suami.. bersama setiap hari.. menjaga sesama sendiri,masak dan makan bersama.tak perlulah aku nak menahan rindu sampai menangis huhu.. ini yg aku inginkan.

aku tak tau kenapa aku jadi takut tiba2.mungkin juga disebabkan aku masih belum lagi mendapat pekerjaan tetap di sana.aku takut tak dpt nak beri komitmen seperti skrg. aku dah buat silap dulu dan aku bertekad utk melangsaikan segala hutang piutang kad kredit yg ada cuma aku perlu mendapat kerja tetap dahulu. sementara aku tak bekerja,aku nak buat apa??? alamak! 

itu yg aku takut kot? ermmm... byk yg aku boleh buat dan telah aku fikirkan sejak lama dahulu.aku cuma perlukan kebenaran dan sokongan bukan penolakan segala idea yg aku keluarkan. jika semuanya berjalan lancar.. InsyaAllah... kami akan berubah dan berjaya.

Tuesday, October 11, 2011

Dia suami yg baik..

Sepanjang aku mc keguguran,suami sanggup cuti panjang untuk bersama.Aku sangat hargai pengorbanan dia. walaupun kami nakal juga sebab aku sepatutnya beristirehat di rumah tetapi kami berjalan ke sana sini menghabiskan masa huhu tetapi itu bagi aku satu terapi yg sgt baik.. walaupun agak penat kerana kesihatan belum pulih,aku happy sangat... dia pun memahami... cuma yg tak leh tahan dia saje makan banana split depan aku... geram jer.. 

terkulat2 aku menelan air liur hehe... tapi tak apalah asalkan kami happy... lepas tu pergi tengok wayang di Times Square,harga tiket baru rm7... filem bini-biniku gangster sememangnya menghiburkan yeah! puas hati!... byk tpt kami pusing2 selama dia di klang... kami ke USJ9-10.. sebenarnya nk makan kt tpt kwn EAST MEET WEST skali tak jumpe trus lepak minum sambil makan yong tau foo kt Mydin belakang Summit hahaha... kami juga ke chow kit,saja2 jalan-jalan cari pasal.. dan byk lagi tpt yg kami pusing.. syok juga lah boleh belajar jalan2 di KL. selama ni tak berani,skrg dah terer... tp yg paling best kami ke iCity..



mula2 nak tak nak.. last2 pegi juga masuk ke SNOW WALK... harga rm25 agak mahal juga tak termasuk sewa boot rm10.. lepas tu bape kali kene beli token loker simpang barang haha... klakar jer.. tapi kami happy.. sgt happy masa tu.

Thank you sayang sebab bawa ayg pegi round2.. walaupun pada mulanya kita nak bercuti di Janda Baik,tapi sebab tak cukup budget kita jalan juga kan huhu... I love u so much! terima kasih beri ayg semangat sewaktu ayg perlukan sangat2.. papa tak pernah merungut pun... ayg hargai sgt2... muah!

Monday, October 10, 2011

Hijrah ke Tampoi,Johor

Assalammualaikum..

Tak lama lagi aku akan berhijrah ke Tampoi. macam mana agaknya kehidupan aku di sana nanti. harap semuanya akan ok dan berpihak pada kami. aku akan menumpang di rumah bapa mertua dahulu sebelum berpindah ke rumah sewa nanti. rumah belum cari lagi sebab duit belum cukup. tapi aku dah target dalam 2-3 bulan mesti nak sewa rumah. aku tak mahu lama² di rumah bapa mertua kerana tak mahu susahkan fmly dan juga adik ipar yg tinggal di situ. di sana nanti aku kena pandai survive & layan suami. mungkin hidup kami akan sedikit susah nanti tapi kami akan usaha utk pastikan kami tak mengharapkan belas ehsan keluarga. susah senang bersama,cuma aku harap bapa mertua faham dgn keadaan aku yg baru nak mula cari kerja di sana nanti. maklumlah semua belanja harus kami cari memandangkan ada kereta dan hutang yg perlu di langsaikan.

kalau nak berjalan atau apa kenalah tengok budget sebab minyak pun dah naik. kereta aku tu pun nak kene repair jer maklumlah dah nak masuk 8 tahun. tak boleh nak senang² mcm sekarang sbb dah berumahtangga ni kena lah bertolak ansur. aku harap suami aku faham. duduk rumah tu kenalah kongsi byr duit elektrik & air. takleh lah nak basuh kaki jer duduk situ kan.. kalau nak makan aku rasa kena lah cari ikhtiar sendiri. kena masak sendiri sbb kalau nak tanggung semua,diri sendiri & suami pun tak lepas. pening juga ni.. tapi takpelah aku buat jer yg termampu dgn bantuan suami tersayang.

aku sebenarnya bukan berkira atau kedekut tapi aku tak nak terhutang budi dgn org.aku tak biasa sebab aku tahu satu hari akan keluar cerita begitu begini. sebelum apa-apa berlaku kenalah atasi dulu sebaik mungkin.

aku harap sgt aku dpt kerja secepat mungkin. kalau gaji dalam 2K alhamdullillah syukur.. dptlah aku cari rumah sewa cepat. tak sabar nak duduk berdua dgn suami dan rumah sendiri... =)