Tuesday, July 16, 2013

Misscarriage kali ke-2

Assalammualaikum semua.


Pada 6/7/2013 genaplah kandunganku 12 minggu.tetapi waktu ini jugalah dia tinggalkan kami buat selama-lamanya.Maknanye dah 2 kali aku keguguran sepanjang 2 tahun usia perkahwinan kami. Ceritanya bermula pada minggu yg ke-12 perutku selalu terasa keras dan tegang.aku tak tahu sama-ada aku salah makan atau terlalu kuat bekerja menguruskan hal kerja dan rumah tangga.aku tahu mmg aku perlu berehat.tapi dalam berehat pun tak semestinya aku akan duduk goyang kaki tak buat apa2.mungkin dah takdir semua ini terjadi kepada kami.pada pagi Jumaat tersebut aku seperti biasa ke tempat kerja,pagi2 mmg terasa nak ke toilet jadi aku pun pergilah tiba2 aku dapati ada secalit darah di celanaku tanpa berlengah2 lagi aku terus cari Manager aku dah inform yg aku nak balik utk ke clinic sbb ada pendarahan.masa itu mmg agak tertekan dan panik.dalam perjalanan balik aku telefon suami berkali2. Tuhan saja yg tahu,perasaan yg aku rasa setahun yang lalu akan berulang lagi.

Tiba di clinic,doktor terus scan perutku dan diberitahu yg jantung anakku tidak kelihatan.waktu itu aku macam tak faham dan hanya mengangguk.Doktor kata lagi babyku tidak membesar seperti normal.aku mula terpinga2.tetapi doktor hanya suruh aku bersabar dan menunggu.doktor hanya bagi aku ubat kuatkan rahim hari itu.

Lepas tu aku hanya balik dan menunggu di rumah.mengharap semuanya ok.menanti dgn penuh sabar TETATI pagi tu pukul 1am perutku mula memulas seperti period pain aku cuma buat tak tau dan cuba untuk tidur.tiba-tiba aku terjaga jam 4am dan darah mula keluar memancut2.Ya Allah waktu dan ketika itu aku sedar harapanku akan musnah sekejap lagi.aku bekejar ke toilet dan darah mula keluar berketul2.hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan aku waktu itu.aku hanya mampu menunggu darah berhenti keluar sekejap utk pergi kejutkan suamiku.bila dah reda aku keluar kejutkan suamiku dan menangis sambil cuba memberitahu dia yg aku keguguran. Suamiku terkejut dan serta merta dy menangis.. :(
Dy terus bangun dan panik.dy tanya mcm2 soalan masa tu.beberapa kali dy tanya aku nak pergi hospital tak? tapi aku cuba terangkan pada dia yg aku taknak masuk hospital.aku cakap biarlah darah agak kering pagi nanti kita ke pusat sakit puan swasta.dy mengiakan sbb dy tahu aku mmg tak mau masuk hospital sebab kes gula tinggi masa early pregnancy dulu.6 hari aku stay hospital mcm bahan uji kaji :p

Bukan aku tak sedih aku down masa tu aku macam dah tawakal dan redha.aku tak menangis bila abah & kak Ong sampai utk bawa aku buat dnc.aku relax jer bila sepupuku Linda datang melawat.aku boleh gelak2 dan tengok2 baby dalam bilik baby.yang pasti maybe hati aku dah keras masa tu.aku buat dnc di Pusat Perbidanan Khor & Lor di Nusa Bestari 2.itu pun hasil pertolongan rakan2 sepejabat aku carikan pusat yg buka hari tu.dua tpt aku pergi klinik pendaftaran dah tutup.senang jer nak cari sbb tpt aku kerja mmg bekalkan medical oxygen dan N2O utk klinik tersebut hehe...

Masa buat dnc mmg aku tak sedar sbb kena bius 1 badan.bila keluar bilik OT pun tak sedar.last yg aku tahu aku suruh Nurse naikkan temp aircond sbb sejuk sgt hehe... lepas tu doktor enjit bius aku dan cakap aku akan rasa pening2 skit.lepas tu mmg padam hikhik... keluar2 mmg sedar skit tp mamai.dgr suara fmly aku.. aku dpt rasa suami aku usap2 kepala aku.aku tahu dia menangis tapi masa tu mmg aku rasa nak tido jer... *_*

Pagi Ahad tu aku bangun dari tido aku masuk toilet.masuk jer toilet aku teringat peristiwa semalam terus aku menangis keluar cari kak long aku dan abah dan menangis semaunya :( masa tu mmg aku rasa apa salah aku? nape boleh jadi macam ni? aku nak baby aku balik! ermm... semua tu dah berlalu.yang pasti lepas ni aku nak try conceive semula.terima kasih sbb kawan2 aku semua supportive.termasuklah family aku.aku harap lepas ni aku dapat beri cahaya baru buat suami tercinta dan juga family.