Thursday, November 22, 2012

Tawakal

Assalamualaikum.

Macam-macam yg berlaku lately.. kadang-kadang sedikit tertekan tapi alhamdulillah aku dpt kawal nafsu. bagi aku tak perlu nak melenting atau panik dengan situasi mcm ni. bila panik aku slalu beristighfar dan redha. selalunya aku teringat kata2 ustaz di FB hehe... rezeki itu akan berkat jika kurang berkira dgn apa yg akan berlaku. contohnya bila dah tak cukup duit kita akan merungut padahal kita tak tahu rezeki itu sentiasa ada. Tapi sebagai manusia aku tak terlepas dari rasa panik. yelah macam2 masalah lama muncul kembali cuma aku tak nak fikir banyak. yang aku fikirkan biarlah aku ikut saja peredaran masa dan dalam masa yg sama aku dapat selesaikan sedikit demi sedikit.

Hari ni warung cuti lagi dan juga esok. Ini yg paling aku takuti dari dulu lagi. Aku tak tau mcm mana nak bantu atau selesaikan. Bukan hak aku untuk mengarah suami bekerja. itu semua kadaq dan kadar tapi dalam masa yg sama aku juga kesempitan. gaji pulak lewat bulan ni sbb bos pegi melancong haha... hampeh! aku perlu cari pekerjaan lain utk menambah pendapatan. apa kata juri? hehehe... kalau aku tak buat macam tu mmg hidup kami akan cukup2 makan jer.. ermmm... macam mana ye?

Kalau boleh aku taknak susahkan org lain. aku nak berdikari. aku mmg sejak dari dulu berdikari dan menangis sorang diri. kalau arwah emak ada boleh juga dy membantu. susah skit aku nak mengadu sekarang. kakak pula jauh diperantaun.. nampaknye mmg aku kena bertindak sendiri. aku taknak susahkan suami. biarlah dy berusaha mencari rezeki dgn cara dy. dgn cara yg dy rasa mampu. tapi aku dgn cara aku. nampaknya aku kena cari kerja lain. tak boleh bergantung harap dgn kerja gaji cukup2 makan. ni gara2 semalam lah jumpa auntie sorang ni. dy yg buka mata aku utk dpt idea ni. dy kata menantu dy dulu gaji 1200 lepas 3 bulan cari kerja lain dapat 1800 dan skrg 3000. bagus juga idea auntie ni. thanks ya! hahaha...

oklah nampaknye kenalah aku daftar semula di jobstreet hik3.. semoga aku berjaya! wish me luck!

Oh ya! hubby baru dapat motor pemberian pakcik kesayangan aku. nak tgk? ni dia...





ada gaya tak? huhu... motor ni dah lama tak bergerak lepas pakcik accident dulu. sbb berat kot. so cousin aku belikan pck aku motor yg lebih kecil. so motor ni dy nak jual mula2 pada anak jiran dy tapi cepat2 kak long aku rembat. last2 pakcik aku bagi free. mane nak dapat kan? alhamdulillah... dapatlah hubby aku ni pergi balik meniaga. tak perlu aku nak pergi anta & amik dy. dapat gak aku rehat. tapi dalam masa yg sama aku risau juga dgn dy... balik malam2 sorang2.. ermm semoga Allah swt sentiasa melindungi suamiku. Amin.

Bercerita pasal GAZA mmg menyentuh perasaan :'(  sakit hati bagai di siat2. Ya Allah kau lindungikan rakyat palestin. kau hancurkanlah tentera Israel. Amin.. aku taknak cakap banyak sbb semua org sedia maklum apa yg berlaku. walaupun hari ini kita dapat berita yg menggembirakan ttg genjatan senjata tentera Israel tapi apa yg berlaku selama berpuluh2 tahun ni tak akan berakhir dgn mudah. semoga ko musnah kafir laknatullah!

Oklah nak off dulu sebab nak bersiap tgk cite BREAKING DAWN PART2 YEH! hehe... jom!






Sunday, August 5, 2012

Mencari kekuatan di Ramadhan ini...

Assalamualaikum,

Dah lama betul tak post dekat blog.Agak sibuk dengan kerja dan urusan rumah tangga.Suami tak ada dirumah ketika ini so sempatlah aku update blog ni skit sambil2 tgk cite Dil To Pagal Hai kih3...

Sekarang dah duduk berdua dgn suami.Rumah pun selesa.mula-mula duduk sendiri ni mmg banyak dugaan.Baru merasa duduk sendiri,kenalah pandai budget.duduk berdua budget pun skit.nak beli pun sekat2.tak rasa pun susah.kadang2 mcm org mewah hahaha... itu pun lepas dpt gaji.nak merasa hasil titik peluh sendiri kan? huhu... Suami pula berniaga bersama ayah mertua. kalau ramai org adalah rezeki lebih,kalau  tak dpt lah skit. Bulan puasa tahun ni suami cuba berniaga sendiri,sebab ayah mertua cuti sebulan lebih sampai hari raya. Suami pula tak boleh lah cuti,ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Kadang2 kesian tengok suami berusaha kerja sampai tgh malam di bulan puasa. Semoga Tuhan beri dy kekuatan. Org tgk mcm kita ni mewah sbb meniaga tapi Tuhan sahaja yg tahu. yg faham tu faham. yg tak faham tu ambil mudah tengok dy bersusah payah tak mahu cuti berniaga. Tak apalah sayang... semua ni dugaan yg perlu kita tempuhi. InsyaAllah berkat kesungguhan kita.. di masa hadapan kehidupan kiita akan berubah.

Kadang2 rasa macam diri ni tak ada kekuatan. Selalu mengeluh dan menangis tp bila kenangkan ramai lagi yg hidup susah dari kita. Kekuatan tu datang kembali. Tak elok mengeluh kan kalau kita susah, kita patut bersyukur kan? 

Hari Raya tahun ni beraya dgn rumah baru yg lain2 sume lama hehe... takpe itu sume tak penting. Janji yg penting aku dpt balik Klang beraya dgn abah hehe... itu yg paling penting!

Aku harap semua faham apa yg kami lalui. jangan lah menambah kesusahan yg kami alami. beri ruang untuk kami mulakan hidup baru. Jika kami menolak tak beerti kami sombong tetapi kami kurang mampu. Minta maaf jika ada yg tersinggung. tetapi kami tak mampu untuk menjaga hati semua org sekali gus.

Doakan kami berjaya harungi perjalanan yg masih jauh ni... AMIN.... ^_^




Saturday, May 26, 2012

Yeh dpt rumah sewa!

Alhamdulillah... setelah 6 bulan menanti akhirnya kami dpt rumah sewa.walaupun Flat tapi kami cukup puas hati sebab tempat tu atas bukit dan bersih.rumah yg bakal kami duduk pun baru renovate.ada heater lagi dalam bilik air tau huhu.kt situ angin mmg kuat. tak payah pasang aircond. dah mmg sejuk..  tak sabarnye!!!!

Hubby lagi klakar.tgh main poker kt FB pun kepala melayang fikir rumah.tak sabar dy nak pasang macam2 kt rumah hahaha.... ni ada yg bergaduh pasal nak hias rumah ni huhu...

Walau apapun aku sgt bersyukur sebab dapat apa yg aku idamkan selama ini. walaupun rumah sewa tapi cukuplah buat masa ni menampung kehidupan kami berdua. susah senang kami saja yg tahu. tak perlu nak libatkan org lain dan tak perlu nak bermasam muka bila ada masalah.

Memang tak sabar nak masuk rumah. aku mmg asyik tersenyum jer memikirkannya huhu...

Syukur kepada Allah swt kerana telah makbulkan doa kami.

Wednesday, April 18, 2012

Aku dah confirmed!

Alhamdullillah... lepas 3 bulan kerja dgn MMIG.aku dah confirm.. aku dpt surat lewat 2 minggu,bos lupe nak bagi sebab bz sangat tapi xpe asalkan surat tu bertarikh 2/4/2012. syukran!

Aku janji aku akan buat yg terbaik di MMIG. aku taknak sekadar makan gaji saja.aku nak buktikan pada semua org yg aku berkebolehan.multi-tasking huhu... alhamdullillah juga office-mate semua ok dan fun! walaupun ada kala sedikit salah-faham tapi takpelah adat bekerja.... syukur aku dapat kerja di MMIG!

Lepas ni aku nak concentrate cari rumah SEWA... aduii xdpt1 lagi ni... kalau ada rumah sewa di sekitar Tampoi, Bandar Baru Uda, Kempas, Skudai.... tolonglah bagitau saya ye... saya sgt2 memerlukan rumah sekarang ni...

call saya di no. 018-217 6115

Sunday, February 12, 2012

dialah sahabat baikku

Ku tujukan buat seseorang yg ku hormati... sesungguhnya dia adalah pilihan hatiku. cubalah terima hakikat yg dia adalah segala-galanya bagiku. dialah sahabat baikku.. tpt aku mengadu dan menumpang kasih sayang. dia sgt menghargai diriku. aku redha & bangga dia jadi milikku. ya Allah kau  kuatkan hatiku menerima dugaan ini. aku tahu aku tidak sempurna tetapi aku berusaha ke arah itu..

Hari ini aku menangis lg. mengenang nasib kerana sedikit salah faham, aku dijadikan tempat untuk melepaskan amarah yg tak sudah2. kenapa dia tak pernah faham dan tak cuba mengerti dan menerima hakikat. cubalah doakan yg terbaik bukan sebaliknya. sedih dgn keadaan ini. rimas dan marah dgn ego yg tak sudah2.... susah sgt ke nak kurangkan ego kamu itu??? benci dgn semua ini tapi aku redha dgn apa yg berlaku,mungkin sudah tertulis semua ini. ada hikmah disebalik semua ini. aku akan buktikan yg aku mampu hidup berdikari di samping org yg ku sayang.

hari ini waktu ini aku berjanji dgn diri sendiri, aku takkan tunduk dgn dia lagi... yg sudah tu sudah... aku akan bangun sendiri utk hidup aku dan suami. mulai saat ini aku akan berusaha mendapatkan apa yg aku mahu. tak perlu lg menagih simpati, cuma aku berharap dia berubah... berubah menjadi rendah diri... jgn terlalu ikutkan hati... jgn igt semua org di sekeliling kita ini suka dan mengambil berat ttg kita... beringatlah selalu.. masa hadapan tak sama dgn apa yg kita rancang. sepandai mana kita merancang, jika apa yg Allah swt menkehendakkan yg buruk berlaku,ia tetap akan berlaku.


Untuk suamiku tercinta, 
Sayang... mama sgt hargai diri papa. terima kasih kerana sentiasa menjadi teman setia dan berkongsi masalah. mama janji, mama cuba jadi teman hidup,kekasih & sahabat yg terbaik buat papa.... susah senang kita bersama... & marilah sama2 kita gapai cita2 kita walaupun ianya setinggi bintang di langit. I LOVE U!

Tuesday, February 7, 2012

Hidup yg baru

Alhamdullillah. aku dah dpt kerja baru dkt Senai.start keje pd 3/1/2012 tarikh hari lahir aku yg ke-35... aku rasa mcm bersemangat sikit di tpt kerja baru ni... kerja pun tak sukar mana mcm biasa2 jer... xde tekanan buat masa ni.. lebih elok aku bekerja drpd duduk di rumah menunggu kerja sebulan tk dpt.. mmg nak nangis lah time tu. duit pun xde... alhamdullillah.. waktu tu abah,kak cik & izam byk membantu,ringan skit beban... suami pula tak putus cari rezeki.. klu ikut mmg cukup utk kami ber2 dgn rezeki suami,tetapi memandangkan kami duduk bersama fmly jadi terpaksalah keluar belanja lebih skit... aku x boleh nak duduk mintak duit dy pula kan.. jadi aku kena ikhtiar bantu diri sendiri utk settle bil & hutang2 aku.. tapi bulan ke-2 duduk di sini kehidupan kami semakin ok... dptlah pegi jln2 w/pun budget ketat... kena bjimat cermat sbb tak tahu apa yg akan berlaku di masa hadapan... kan?

Sekarang ni aku nak cari rumah sewa secepat mungkin. biarlah kami berdikari. suami pun tak sabar tp belom ada rezeki. tak mau lah susahkan mertua menumpang... lg pun biasa org kata duduk dgn fmly ni kurang privacy... nak buat apa pun kena fikir fmly... entahlah hidup kami ni pun tak stabil lagi..... org tak tahu mmg tak nampak kesusahan kami. tapi kami redha jer...

aku harap cptlah kami pindah... sbb mcm2 kami boleh budget dan jimat.. susah kami pun biar kami yg tanggung... tak mahu susahkan org lain... susah nak jaga hati org.. nak kena puaskan hati org pun susah.... sebaik mana kita buat,berkorban mcm mana pun kita sampai terduduk keletihan kalau org tak hargai nak buat mcm manakan? kena pasrah dan berdoa utk kebahgiaan kami berdua..

aku syg suami aku... aku tak nak dia susah hati fikir pasal masalah yg remeh temeh... biarlah aku tanggung sorang2 slagi boleh... sabar itu separuh dari Iman.... huhuhu