Wednesday, July 29, 2015

Kerja, Hidup dan Raya 2015

Assalamualaikum

Lama dah tak posting dkt blog. banyak cerita nak share ni hehe... tp entry kali ni nak cerita pasal kerja di Johor. Dah masuk 3 tahun stay di JB. daripada kerja di MMIG Senai, lepas tu berpindah ke City Square, JB. Sekarang ni di Permas Jaya tetapi bekerja dgn bos yang sama dgn di CS. Permulaan yg baik masa kerja di CS last2 jadi macam bola melantun ke Permas. InsyaAllah dalam tahun ni berpindah semula ke bandar.

Banyak dugaan selepas kemalangan kereta tahun lepas. Tapi alhamdulillah, family memainkan peranan penting membangkitkan semangatku untuk terus maju. Kereta pun dah tuka ke Accent 1.5, walaupun byk yang nak dibetulkan tetapi bolehlah buat pelan2. kalau nak berhutang bank mmg dah tak berkemampuan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, walaupun kadangkala susah tetapi rezeki itu tetap ada. Encik Suami pula dah bekerja gaji bulan, jadi ringan sikit perbelanjaan yang kami tanggung. positif site dari Encik Suami yang banyak berubah ke arah kemajuan lahiriah dan batin. bersyukur Allah swt masih sayangkan kami, diberi hidayah yang tidak ternilai. Suami rajin solat dan rajin membantu. sangat penyanyang. benarlah apa yang di kata, rezeki masing-masing. ada yang rezeki anak, rezeki wang ringgit dan juga rezeki kebahgiaan. Bersyukur dengan apa yang ada.

Anak? siapa tak nak. masih mencuba tetapi mungkin belum masanya. Kami sudah dapat terima ketentuanNya. ini semua pinjaman. InsyaAllah jika diizinkan.

Tahun ini beraya sakan di Klang dan Kuala Lumpur. dapat beraya dengan abah, family dan sanak saudara adalah perkara yg paling seronok! balik JB dapat pula beraya dengan saudara-mara sebelah suami. Sesuatu yg diidamkan semua orang kan? huhu... cuma tahun ini tak dapat beraya dengan anak saudara kesayangan Chachaniena dan Adeel sebab abang pulang beraya ke Jitra,Kedah kampung halaman kakak iparku. Tapi takpelah nanti ada kesempatan nak balik lagi jumpe mereka. dah rindu nak peluk cium!

Dalam hidup ini perlu ada tolak ansur. Give and take. bersederhana dalam semua keadaan. Jangan kita nak ikut2 orang padahal kita tidak berkemampuan. Dahulukan keperluan, itu yang lebih penting.

Memaafkan bukan beerti kita salah. Maafkan lah semua orang sebelum kita dipanggil mengadap yang Maha Esa.

Di kesempatan ini dalam bulan Syawal saya Faradilla binti Ismail ingin mengucapkan ----->
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua mohon ampun maaf sekiranya saya ada menyinggung anda dengan perbuatan atau perkataan. Mohon maaf zahir dan batin.