Monday, March 14, 2011

Tsunami

Tanggal 11.3.11 gempa bumi & tsunami melanda Jepun...sungguh menyedihkan dan aku sgt bersimpati dgn rakyat Jepun.Dalam masa yg sama,sgt takut dgn gejala ini yg telah memasuki fasa ke pacific region.. yg terbaru KK Sabah dikuatiri akan di landa serpihan tsunami.Aku hanya dpt berdoa supaya kita semua dilindungi dari semua ini.Doa sentiasa bertabir dibibir.. hati asyik memikirkan kesusahan yg dialami mereka.

dlm pada berita tsunami sana-sini.Hati aku pun dilanda tsunami.. semakin hari dekat dgn hari bahagia aku,aku semakin runsing dgn masalah kewangan.taklah kronik sgt.tp bila aku dh budget utk byr duit brg bln depan aku terpaksa guna duit itu utk betulkan kereta yg rosak.tiap-tiap bulan ada sahaja belanja yg aku wajib gunakan.tp aku bukan merungut cuma dugaan ini kadang2 jadikan aku bersedih dan kusut.sampai bila agaknya....

bila kwn2 ajak aku kluar pun aku tpaksa tolak sebab aku mmg takde duit nak keluar walaupun utk minum teh.duit petrol pun aku kdg2 budget gile! aduhai.. aku nak cari kerja part-time smpi skrg tk menjadi.bila agaknya aku dpt buat apa yg aku ingini.

Kepada kawan2,aku harap diorg tk kecil hati bila aku tolak pelawaan.sebab aku tk pernah nak bagitau masalah sebenar aku pada mereka.harap diorg tk marah aku dgn penolakan aku tu.

aduii kepala aku dah sakit @_@

Saturday, March 5, 2011

kalau kita buat baik dibalas baik kan?

dah lama tak update blog.agak sibuk dgn persiapan perkahwinan diri sendiri.. di tambah pula kusut fikir pasal bos nak tutup company tahun ni.yelah bila dah tutup nanti aku dah takda income,mcm mana nak byr hutang2 kan.mmg kena segera cari kerja baru,tp dek kerana setia dgn bos,aku sanggup habiskan sisa2 kerja sampai abis... harap2 bos jgnlah tutup sebelum aku kahwin.minggu lepas,secretary bos tanya aku lg bila aku nak berhenti,aku pun jwb yg aku akan kerja sampai abis.. walaupun lepas kahwin nanti. dia pun senyum lebar sbb kerja2 kt office tu byk yg pending lagi.... aku pun leh senyum lebar.....

Tunang aku pun dah bg green-light bg aku kerja smpi abis.dia kata takpelah mula2 duduk jauh2.. bila dah settled semua baru mula hidup baru dgn dia.. alhamdullillah dia sgt memahami. tapi aku boleh ke hidup jauh dgn dia? hahaha....

aku nak tanya lah... kalau kita buat baik dgn org mesti kita dapat balasan yg baik kan? tapi mengikut pengalaman yg aku lalui sekarang hakikatnya mmg tak releven langsung! sbb apa aku kata mcm tu. ianya terjadi dlm keluarga aku sendiri. tak perlu aku nak buka pekung di dada atau bercerita keburukan keluarga sendiri.tapi kalau ikutkan kita perlu ambil ikhtibar dari apa yg berlaku.

dari hari ke hari... bulan ke bulan.. tahun ke tahun... kisah ni takkan abis kerna perasaan dendam & tak puas hati sesama kita.kenapa susah sgt manusia nak tunduk pada ego sendiri.kenapa tak boleh nak terima kesalahan sendiri.yg buruk itu dtg dari kita,yg baik itu dtg dari Allah swt.itupun kita sebgi hambanya masih tak nak berubah dek kerana ego.

bila tak boleh nak berdepan sanggup balas secara halus.astagfirullahalazim.... mengucap panjang aku dgr prangai masing2.hidup ini sepatutnya kita berkongsi buruk baik bersama.ini tidak masih nak sorok2 sebab diri sendiri takut dgn bayang2 sendiri.... 

aku berdoa pada tuhan supaya membuka simpulan yg membelengu keluarga kami seterusnya dpt meleraikan dendam yg ada.kenapa dendam? sbb klu hati kita bersih takkan ada sifat2 yg sekarang ini... tp sebab dendam dan tringat diri pernah di aniaya??? kononnya... hahaha.... itulah,bila ada seorang dlm keluarga yg jadi penasihat terpimpin... huhuhu inilah akibatnya.

bagi aku hidup ini bagaikan roda,kadang-kala kita di atas... kadang-kala kita di bawah... aku juga termasuk dlm golongan ini.aku tak kata aku tak buat salah langsung.tp bila aku tak buat,org tuduh aku buat.. mmg aku takleh terima tp aku redha.sebab org yg tuduh aku tu mmg belum kenal siapa aku.kalau dia kenal aku dgn lebih mendalam mesti aku akan jadi BFF dia dunia akhirat.... hehehe

aku nak lupakan semua yg berlaku tapi bila aku dah lupa.. tiba-tiba timbul kembali.. so apa perlu aku lakukan? ermm.... renung2kan dan selamat beramal ekeke...

lebih baik aku fokus cari duit dan hal2 kahwin aku dulu... itu lebih baik kan!

i love my fmly!