Friday, September 23, 2011

Tuhan pinjamkan nyawa anak mama sekejap jer.. mama redha syg...

23/9/2011 - aku bgn pagi nak pergi 2nd check-up dkt Klinik Pandamaran. mlm smlm aku rasa mcm nak demam dan sejuk sgt smpi aku pakai stocking waktu nak tido.. pagi kul 6am aku dah bangun. w/pun smpai awal di klinik tapi no giliran aku yg ke 5022... yg ke-22... lepas ambil darah,aku di suruh ke bilik 6 utk minum air gula.. lepas tu aku duduk tggu giliran lagi utk next step.. tiba2 aku rasa nak buang air sgt,jadi aku ke bilik air. jantungku mula berdegup kencang bila ada tompok darah pd seluar dlmku.. aku x senang hati terus jumpe Nurse dan ckp apa yg berlaku. Nurse trus suruh aku jumpe doktor di bilik 7. doktor pula suruh aku trus ke Hospital. aku keseorangan memandu ke hospital dgn linangan air mata.. aku telefon suami utk beritahu perkara sebenar.. suami aku kedengaran terlalu risau dan sedih. tetapi hati aku lagi sedih waktu itu.. keseorangan berjuang menyelamatkan babyku.

Dgn hati yg bdebar2.. aku memandu keseorangan ke HTAR.. dah smpi nk ke Unit Kecemasan parking pula jauh.terpaksa menapak jauh.. smpi di unit berkenaan.. aku mula register dan tggu dlm 2 jam baru dpt jumpe doktor di klinik sakit puan.terlalu lama aku tunggu sampaikan aku rasa mcm nak mengamuk di situ,kenapa lambat sgt bertindak sedangkan aku sedang mengalami pendarahan... tak tau apa yg akan berlaku nanti. selepas doktor scan,doktor xdpt kesan baby & check air kencing juga -ve, doktor kata baby dah takde.. hati aku luluh masa tu.. bingung dan nak menangis.. apa salah aku? tapi doktor mcm pertikaikan sesuatu dgn doktor2 lain,yg aku kesalkan doktor yg check aku masa tu sibuk dgn telefon sampaikan aku terasa di abaikan.mereka cuba utk pastikan lg skali dan doktor ambil darah aku utk ujian seterusnya..kerana tidak mungkin ujian air kencing -ve w/pun aku baru keguguran kerana sisa2 masih ada sepatutnya. Selepas ambil darah utk diuji,doktor bgtau aku jika ada sebarang masalah mereka akan hubungi aku,tetapi jika tidak ada apa2 masalah mereka tidak akan hubungi aku.aku kebingungan?

Mana anak mama pergi? sepanjang perjalanan pulang aku menangis. aku tak tahu arah tuju aku seterusnya. aku berpusing2 mencari arah pulang. aku hubungi suamiku lg skali.aku tahu hati dia akan luluh selepas mendengar yg anaknya sudah tiada. dan mmg betul,dia menangis. aku jadi semakin hiba. apa salah mama? mama dah jaga sebaik mungkin tetapi ujian Allah swt kali ini semakin kuat buat kita.

Aku pulang ke rumah tanpa beritahu keluargaku dahulu.aku terus masuk ke bilik. aku terus sms kakak iparku utk bertanya apa yg perlu aku buat. sebelum itu aku cuba telefon kakakku yg di Bangkok tp tak dpt. selepas kak iparku menasihatkan aku supaya buat 2nd ujian. dia telefon abgku utk hantar aku ke klinik.. selepas itu abg aku terus call abah dan kakLong ku baru tahu selepas itu. aku menangis semahunya.. badanku terlalu lemah dan tak dapat terima hakikat. selepas itu kami ke DAMO buat check-up kali ke-2. Doktor pun kata scan x nampak & air kencing -ve.. tapi darah aku tak kluar lagi. cuma doktor suruh tggu period bulan depan normal ke tak.aku semakin bingung..

Mana anak mama? mlm itu aku pening kepala tak boleh tido.aku perlukan ubat utk menenangkan diri aku. aku pun pergi ke Klinik Ana utk minta nasihat. Doktor Ana pun hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. kecuaian pihak hospital dipertikaikan sejak dari kali pertama aku buat check-up. doktor tak bagi aku ubat darah tinggi. Doktor Ana nasihatkan aku berehat sahaja 2-3 minggu selepas ini.. aku redha.. yg doktor tekankan kenapa ujian air kencing boleh -ve sedangkan baru sahaja darah kuar setompok pagi tadi.

Aku semakin bingung.Sebenarnya aku masih tak percaya aku kehilangan babyku.. aku masih tercari-cari salah aku.. apa silap aku? aku asyik menangis bila terkenangkan peristiwa hari itu. masih keliru tanpa sebarang alasan yg kukuh aku hilang harapan. aku semakin tertekan bila suamiku juga seperti mencari salah aku.. mungkin dia xdpt terima apa yg berlaku.. dia pun seperti sudah tak ambil berat spt mula aku disahkan mengandung.. emosi aku betul2 terganggu.. entahlah aku dah buat yg terbaik utk diri aku dan kandunganku selama itu. Tuhan lebih memahami apa yg berlaku.. semua ini dugaan. Aku redha tempoh kesakitan ini keseorangan. Darah mula keluar pagi 24/9 smpi ke hari ini.. muka aku semakin pucat kerana kehilangan darah yg byk. selera makanku kurang tetapi aku terpaksa kuatkan diri utk pulih sedia kala. kerana aku sahaja yg berhak utk diri aku jadi seperti biasa. aku redha... aku pasrah...

Tuhan beri aku bahagia selama 2 minggu.. aku redha dan gembira w/pun sekejap.. semoga rezeki aku dan suami selepas ini kekal hingga akhir hayat kami.Amin...

Wednesday, September 7, 2011

Yes! I'm going to be a MOM!

alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi.. aku bakal menjadi mama tidak lama lagi.. aku sgt happy sebab Allah swt perkenankan doa kami.. 

sebenarnya dah lama hubby suruh aku pegi check tp aku kata tggu dulu sebab takut kecewa nanti. nak dijadikan cerita semalam aku takleh bangun pagi kepala aku pusing & berat sangat. aku buat keputusan nak ambil mc, sebb aku rasa darah tinggi aku naik lagi.. masa nak pergi klinik mmg macam berat sgt kaki ni.. hati ni kata 'sakit sikit jer ni kalau rehat jer esok mesti dah ok'.. tp disebabkan hubby asyik call dan sms tanya bila nak pergi klinik,aku pun kuatkan semangat aku. aku pergi klinik ANA depan rumah.. sebab dah biasa dgn dr Ana... 

masa duduk krusi dpn doktor mulalah aku terus cakap yg aku rasa darah tinggi aku naik. doctor pun terus check dan mmg betul apa yg aku sangkakan 150/110... doctor tanya nak pegi hospital tak? aku kata taknak,dan minta Dr bagi ubat jer dan aku leh rehat kt umah.. tiba² Dr tanya 'awak pregnant kot?' nak check tak? sbb Dr kata klu pregnant ubat darah tinggi sukatan dia lain skit.. aku pun setuju. Dr suruh aku kencing hik3.. aku ckp 'saya tak rasa nak keluar ni,camne?' klakar pulak rasenya,aku pun g toilet.... lepas aku serahkan urine,aku kne tggu kejap. yaAllah time tu Tuhan saja yg tahu, hati aku berharap sgt tapi aku takut tak jadi..

bila Dr panggil dia senyum dan aku dah nampak test stick kt depan Dr dan Dr trus ckp tahniah! awak pregnant! hati aku nak menangis masa tu dan dlm mse yg sama bharap suami aku ada skali time tu.. aku dah tak sabar nak call hubby masa tu juga. tapi aku sabarkan hati sambil Dr kira² bila dan dah brape minggu tapi yg aku dgr cuma due adalah pada 5/5/2012... hahaha... yg lain aku tak fokus sbb asik ingat hubby tersayang... huhu

keluar sahaja dari klinik,aku trus call hubby dan aku nangis gembira masa cakap kt dy... aku dapat rasa hubby sangat gembira.. terbayang wajah dy yg ceria. i love u sayang! ini bukti cinta kita yg suci... 

perjalanan nak tempuh 9 bulan masih jauh.. jadi aku perlu berhati² dan mengumpul duit dari sekarang. kejap lagi aku nak pegi klinik buat 1st check-up sebagai ibu mengandung.... hehe... yes! i'm going to be a MOM!