Tuesday, June 28, 2011

aku isteri,sahabat & teman...

alhamdullillah... dah masuk 2 minggu bergelar isteri.walaupun kami berjumpe dihujung minggu tp aku tetap jalankan tanggungjawab aku pada suami tercinta seperti biasa. Dia seorang yg soft spoken bila berdepan dgn aku.stakat ni tak pernah dia tinggi suara. Yg paling aku kagum,dia rajin solat sekarang ni.. alhamdullillah... kami juga kdg2 cuba utk luangkan masa berjemaah.. mmg terasa nikmat sekali!

syukur sgt2 sebab InsyaAllah aku sudah dijanjikan kerja di Pontian sebagai HR & IT Manager. walaupun agak takut utk memikul tanggungjwb yg besar tu tapi InsyaAllah akan ku cuba melaksanakan sebaik mungkin. Rezeki suami di warung pun semakin bertambah selepas berkahwin. Alhamdullillah rezeki mmg ada cuma kita perlu ikhtiar & slalu berdoa, tak gitu? niat utk membesarkan perniagaan mmg kami idamkan.. kata suami "pelan2 kayuh" aku setuju sangat! jgn terlalu mengejar kekayaan kelak akan memakan diri sendiri.

alhamdullilah kami juga bebas hutang selepas berkahwin ni. Itu yg paling penting. aku cuma berhutang dgn akpk shja.. itu pun lagi skit.. cepatlah habis. bolehlah aku buat loan beli rumah sendiri nanti. cakap pasal rumah, kami sdg mencari2 rumah di sekitar Tampoi,BBU atau Perling. mujurlah sepupu aku Linda rajin buat searching cari rumah sewa hahaha... hari sabtu ni nak pegi tengok,sewa RM400. rumah kembar dua sparuh batu separuh papan,dkt jer dgn rumah si Linda ni huhu... xdelah aku sunyi nanti klu confirm nak menyewa kt situ. ^_^

aku hrp2 sgt apa yg kami impikan terlaksana.. yg penting kerjasama!! tol tak? huhu...

Wednesday, June 22, 2011

Just Married

Kami selamat diijakabulkan pada 10/6/2011 jam 10mlm.. abah sebagai wali telah menikahkan kami dengan sekali lafaz. Alhamdullillah....

Hari persandingan telah berlangsung dgn meriah sekali pada 11/6/11 sabtu. ramai juga fmly dan saudara-mara yg hadir.tidak dilupakan rakan-taulan yg memeriahkan majlis... tidak dilupakan jiran² yg byk membantu... tak terbalas jasa² diorg...


Terima kasih tak terhingga buat abah yg bertungkus-lumus menyiapkan hantaran,bilik & pelamin utk anak bongsu dia ni.. dan kepada kak Long yg byk bersusah-payah melengkapkan semua persiapan majlis,aya sgt² berterima-kasih... takkan aya lupakan susah-payah kak Long selama ini.. semoga 1 hari nanti Allah swt akan balas jasa² kak Long.. 

tak lupa terima-kasih buat abg izam & aliaa juga chachaniena yg byk tolong & bg moral support sepanjang masa sebelum & selepas majlis. tanpa korang susah juga aya nak hadapi rintangan  ni sorang². love u'll so much!

pada kakCik & abgCik terima-kasih bantu aya ke arah membina masjid huhu... kesian korang kena balik m'sia dlm kepenatan sbb flight delay... tq kerana sentiasa berada bersama aya & memberi sokongan... aya syg korang sgt²! dan tq buat abg cik sbb bg aya basah lencun kena siram air teh hahaha.... 

Byk jasa² yg disumbangkan dlm menjayakan majlis aya & azmi.. terima kasih byk² buat pakLan,makUsu,udha,shah,girl,boy... cik chah[chef],cik jeff... abg Nan[chef],kak leha,udin [pengapit].. auntie Ara (tq auntie,smpi amik cuti).. linda,ramadan,hawa & adam.. ayie ,hayra& ina.. masni,zamri,joe,niza,kak june,kak ina (seluruh fmly cikgu shahmin).. abg basir  sekeluarga... abg Tammat sekeluarga & semua kroni² jln tenggiri.. & kwn²ku... azzee [tq make-up kan kita time nikah],syefa,nik,azza,myra, nadia [mak andam], syahril & shook  dan jebard zamani[photographer]... tak lupe pengapitku Atiqah yg byk bantu aku dari mula..   syg korang semua!! 


tq  juga buat sahabat²ku yg dtg esp Eda yg dtg dr Batu Laut,Catherina,Mrs Koo [lady boss]..  my bff Fong,Prema,Ng,Sue.. tq THmers & MYAC yg sudi hadir.. Noorida & suami yg sudi hadir dari Rawang.. kwn² RZ,SKTG,SAL College dan semualah... xdpt nk sebut semua org.. terima kasih banyak kerana beri sokongan... =)