Saturday, August 27, 2011

EXCITED

lagi 2 hari nak HARI RAYA.. excited utk beraya dgn suami buat kali pertama. harap sangat hari raya tahun ni berlaku sesuatu yg mengembirakan! dalam seronok menanti lebaran,hati ni sentiasa juga risau. tahun ni mmg aku tak keluar apa2 belanja utk persiapan rumah. slalu ada juga aku beli air atau kuih dll.. tp tahun ni.. malu pun ada juga tapi nak buat macam mana. bonus pun tak nampak bayang? sedih sgt sebenarnya. tapi mungkin bukan rezeki aku tahun ni. tapi aku redha,aku masih ada family yg memahami & menyayangi kami walaupun keadaan kami macam ni. terima kasih korang!

yang aku gumbira sgt sebenarnya aku dapat panggilan temuduga hari jumaat lepas.. panggilan yg aku nanti2 kan.. tak kire lah keje apa kan janji aku dpt mulakan pencarian job secara drastik. kire ini baru nak start engine lah.. huhu... kalau aku diterima bekerja kt situ,alangkah sronoknye! dptlah aku tinggal dgn hubby lepas ni. walaupun nak menumpang rumah abah JB tapi yelah terpaksalah buat sementara waktu. InsyaAllah lepas 2-3 bulan dah boleh cari rumah sewa sendiri. 

hari ini aku dah mula nak fikir barang apa yg perlu aku angkut ke jb. yelah nanti senang bila dah start keje sana takdelah aku nak tringat barang tu takde.. barang ni takde... pening juga ni nak pindah. sebab barang byk sgt ni huhu... takpelah pelan2.

bilik kt jb tu pun skit2 aku nak kemas bagi cantik. at least bila kitorg dah pindah nanti bolehlah jadi bilik tetamu. dan bila adik-bradik datang bolehlah berehat kt situ ke apa ke... tak sabar rasanye huhu... harap hubby bagilah aku capai impian nak cantikkan bilik tu. mula2 yg aku nak buat sebenarnya nak cat.. biar nampak ceria.. boleh kan syg? huhu....

oklah setakat ni dulu. aku pun takde idea nak karang hehe... apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN buat semua.. muah!

Sunday, August 21, 2011

terkilan dan susah hati

Assalammualaikum,

lg 8 hari dah nak sambut syawal, tak tau nak rasa apa.. happy mmg happy sebab tahun ni dapat beraya dgn suami. tapi byk yg tak happy dari happy kot? pertama sbb tahun ni bonus tak ada.. so xdelah rezeki nak beli kuih raya ke.. baju raya toksah cite lah mmg xpenah beli pun since arwah emak meninggal. cuma tahun ni fikir nak belanja balik kg suami jer. harap gaji buta2 nak guna utk petrol,tol dll... tak cukup rasenye. so mmg kne jimat jer sepanjang raya nanti. duit raya utk anak2 sedara rasanya mmg tak dpt nak bagi kot tahun ni. xpelah itu semua tak penting asal kita ikut kemampuan jer lah kan.. toksah fikir cakap org atau sedara-mara. mmg kita dah hidup susah camni.. terima dgn hati terbuka.

Tahun ni mmg nampak sgt hidup ni serba kekurangan. tapi takyah lah aku nak merungut sbb ramai lagi yg hidup susah dari aku & suami. bila kita susah,kita fikir kan jer ramai lagi yg susah dari kita. 

Harap sedara-mara faham lah susah aku dgn suami. takyah lah nak komen2 atau merajuk2 klu kitorg ni tak beraya rumah diorg ke... tak pergi rumah diorng ke... kena fahamlah kitorg nak bergerak ke satu tempat tu kena pakai duit gak bukan free. petrol,tol sume dah naik.. barang2 pun sume dah naik harga.. gaji aku yg tak naik2 huhu...

InsyaAllah aku nak cepat2 cari rumah sewa.. dari situ baru aku dpt plan betul2 mcm mana nak budget utk hidup kami. Doakan kami berjaya tempoh hidup phase yg pertama ni ye' chayuk2! 

Saturday, August 13, 2011

drama minggu ini

ermm subuh2 ni pun nak gaduh.. mmg aku nak meletop jer td tp aku fikir rasional.slalu nya aku akan cakap "biarlah org buat kita jgn kita buat org" tp sampai bile kan? satu hari mmg aku berhasrat nak luahkan pasal prangai diorg yg aku tak suka dan tak berkenan langsung!

dulu xde hal2 mcm ni berlaku.tp sejak si pendatang tu tinggal kt rumah Sat. mcm2 hal blaku.aku igt lg mula2 dia dtg,dia sakit gigi,lepas tu meracau tgh2 mlm kononnya dirasuk. lepas tu plak muncul cite ada hantu kt rumah tu. yg aku pelik selama org lain duduk tkde lak aku dgr crite2 camni.

daripada ramai yg duduk kt situ,sorang2 kne halau atau org pindah dgn rela hati. takdelah aku dgr cite buruk dr org yg keluar tu.. tp cite buruk mereka mmg slalu jer aku dgr dr mulut dy. ermm... selama ni aku ikutkan jer.. tp satu-persatu kesilapan dia terbongkar dpn mata,aku dah mula meluat sgt! skrg ni hanya tggl dia & partner in crime dy stay kt rumah tu dgn suami msg2. pnah juga rakan senegara dia kata yg dia ni mulut tempayan tp dah pelakon terbaik semua settled! camtu!

Ya Allah.. tunjukkan lah kebenaran dari semua yg terjadi... amin. aku hrp sgt suatu hari nanti dia yg akan kluar dr rumah itu. skrg dy HEBAT sbb dah bjaya buat semua org keluar dan gunakan org lain utk kesenangan dy semata. 

ada juga manusia mcm ni zaman skrg. depan ckp lain belakang mengata kita. dia suka cerita hal rumah-tangga org kepada org lain. baik ke mcm tu? masyaAllah...

Friday, August 5, 2011

ramadhan yg sunyi

1/8/11 ~ puasa pertama dpt berpuasa dgn suami dan berbuka bersama keluarga di kobena. terasa diri di hargai dan diselubungi kasih syg fmly suami. dpt juga masakkan lemak cili padi ikan tenggiri buat suami tercinta. nampak dia berselera berbuka.Alhamdullillah.

Tetapi saat itu seperti cpt berlalu.. hari ini aku terasa sunyi sgt kerana suami di Tampoi,Johor dan aku di Klang,Selangor. sepatutnya aku berada di sisinya waktu ini... puasa bersama.. berbuka bersama. tapi apakan daya.. kerana kesempitan dari segi kewangan kami terpaksa berjauhan kali ini.. sedih sgt hati aku ni. maafkan ayg ye syg kerana kita terpaksa begini. kita cuba perbaiki diri di masa hadapan. InsyaAllah.. bulan 10 nnti kita akan bersama & bersatu. 

I LOVE U so much..