alhamdullillah... dah masuk 2 minggu bergelar isteri.walaupun kami berjumpe dihujung minggu tp aku tetap jalankan tanggungjawab aku pada suami tercinta seperti biasa. Dia seorang yg soft spoken bila berdepan dgn aku.stakat ni tak pernah dia tinggi suara. Yg paling aku kagum,dia rajin solat sekarang ni.. alhamdullillah... kami juga kdg2 cuba utk luangkan masa berjemaah.. mmg terasa nikmat sekali!
syukur sgt2 sebab InsyaAllah aku sudah dijanjikan kerja di Pontian sebagai HR & IT Manager. walaupun agak takut utk memikul tanggungjwb yg besar tu tapi InsyaAllah akan ku cuba melaksanakan sebaik mungkin. Rezeki suami di warung pun semakin bertambah selepas berkahwin. Alhamdullillah rezeki mmg ada cuma kita perlu ikhtiar & slalu berdoa, tak gitu? niat utk membesarkan perniagaan mmg kami idamkan.. kata suami "pelan2 kayuh" aku setuju sangat! jgn terlalu mengejar kekayaan kelak akan memakan diri sendiri.
alhamdullilah kami juga bebas hutang selepas berkahwin ni. Itu yg paling penting. aku cuma berhutang dgn akpk shja.. itu pun lagi skit.. cepatlah habis. bolehlah aku buat loan beli rumah sendiri nanti. cakap pasal rumah, kami sdg mencari2 rumah di sekitar Tampoi,BBU atau Perling. mujurlah sepupu aku Linda rajin buat searching cari rumah sewa hahaha... hari sabtu ni nak pegi tengok,sewa RM400. rumah kembar dua sparuh batu separuh papan,dkt jer dgn rumah si Linda ni huhu... xdelah aku sunyi nanti klu confirm nak menyewa kt situ. ^_^
aku hrp2 sgt apa yg kami impikan terlaksana.. yg penting kerjasama!! tol tak? huhu...