Wednesday, September 7, 2011

Yes! I'm going to be a MOM!

alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi.. aku bakal menjadi mama tidak lama lagi.. aku sgt happy sebab Allah swt perkenankan doa kami.. 

sebenarnya dah lama hubby suruh aku pegi check tp aku kata tggu dulu sebab takut kecewa nanti. nak dijadikan cerita semalam aku takleh bangun pagi kepala aku pusing & berat sangat. aku buat keputusan nak ambil mc, sebb aku rasa darah tinggi aku naik lagi.. masa nak pergi klinik mmg macam berat sgt kaki ni.. hati ni kata 'sakit sikit jer ni kalau rehat jer esok mesti dah ok'.. tp disebabkan hubby asyik call dan sms tanya bila nak pergi klinik,aku pun kuatkan semangat aku. aku pergi klinik ANA depan rumah.. sebab dah biasa dgn dr Ana... 

masa duduk krusi dpn doktor mulalah aku terus cakap yg aku rasa darah tinggi aku naik. doctor pun terus check dan mmg betul apa yg aku sangkakan 150/110... doctor tanya nak pegi hospital tak? aku kata taknak,dan minta Dr bagi ubat jer dan aku leh rehat kt umah.. tiba² Dr tanya 'awak pregnant kot?' nak check tak? sbb Dr kata klu pregnant ubat darah tinggi sukatan dia lain skit.. aku pun setuju. Dr suruh aku kencing hik3.. aku ckp 'saya tak rasa nak keluar ni,camne?' klakar pulak rasenya,aku pun g toilet.... lepas aku serahkan urine,aku kne tggu kejap. yaAllah time tu Tuhan saja yg tahu, hati aku berharap sgt tapi aku takut tak jadi..

bila Dr panggil dia senyum dan aku dah nampak test stick kt depan Dr dan Dr trus ckp tahniah! awak pregnant! hati aku nak menangis masa tu dan dlm mse yg sama bharap suami aku ada skali time tu.. aku dah tak sabar nak call hubby masa tu juga. tapi aku sabarkan hati sambil Dr kira² bila dan dah brape minggu tapi yg aku dgr cuma due adalah pada 5/5/2012... hahaha... yg lain aku tak fokus sbb asik ingat hubby tersayang... huhu

keluar sahaja dari klinik,aku trus call hubby dan aku nangis gembira masa cakap kt dy... aku dapat rasa hubby sangat gembira.. terbayang wajah dy yg ceria. i love u sayang! ini bukti cinta kita yg suci... 

perjalanan nak tempuh 9 bulan masih jauh.. jadi aku perlu berhati² dan mengumpul duit dari sekarang. kejap lagi aku nak pegi klinik buat 1st check-up sebagai ibu mengandung.... hehe... yes! i'm going to be a MOM!




No comments:

Post a Comment