Wednesday, December 21, 2011

FB tak elok untuk kesihatan mental

hehe... aku ckp mcm tu bukan aku dah tak suka nak main FB.tapi FB byk membantu aku terutama sekali mendekatkan aku dgn family yg dekat maupun jauh.banyak cerita yg dpt aku kongsi bersama dan aku tak sunyi dgn adanya FB walaupun aku keseorangan, sebab kawan2 sering menemani bila aku memerlukan.betolkan?

tapi FB juga buat aku menyampah dgn orang hahaha.... tak baik aku kata mcm tu.tapi reality... ada kwn yg slalu sgt update gambar2 dia..boleh dikatakan hari2.kononnya dia cantik dan comel.... tp aku tgk taklah cantik cuma gedik lebih dari cantik hehe... tp dah slalu sgt aku tgk dah bosan sebab slalu sgt expose muka & badan... aku pun boleh buat mcm tu.. dulu2 aku tak nafikan aku mcm dy tp skrg ni dah berkahwin,tak eloklah bagi lelaki lain tgk wajah & tubuh badan aku slalu.DOSA... tp aku rasa dah berFB ni ramai yg tak sedar dosa dan pahala. cakap pun boleh buat kita menyampah dan sakit hati atau geli-geleman dgn diorg ni tapi aku takleh nak salahkan diorg semata,sebab yg melayan pun boleh tahan gak gatalnya hahaha...

aku berFB dgn tujuan merapatkan hubungan yg jauh maupun dekat.aku klu boleh taknak friendlist aku ramai sgt,seboleh mungkin aku nak kurangkan.. walaupun dah buang mana2 yg aku tak bape kenal & tak pernah jumpe tapi bila dah removed diorg add aku semula.kesian pula... takkan aku nak tolak. dah nak dekat 400 friends... mmg semua tu kwn2 aku dari sekolah rendah sampai kolej.. dari saudara mara dekat sehinggalah yg jauh2 & dok oversea... kwn2 club THM,MYAC,GETZZONE dan seangkatan dgnnya semua aku kenal.takkan aku nak buang diorg dari hidup aku.oleh itu aku cuba kekalkan.. cuba rapatkan... InsyaAllah suatu hari mereka pasti memerlukan kita & kita perlukan mereka. Aku hargai semua kwn2 aku yg aku kenal... mereka semua berniat utk kenal dan ikhlas...

tapi sesetengah org juz nak add aku utk spy.. utk scandal dgn laki aku dulu... puiii! aku mmg benci dgn org mcm tu.ada udg sebalik batu. mmg org yg tak baik,takde kwn macam tu pun takpe.. benci aku. tapi itu semua cerita lama still aku mmg taknak jumpa lah dgn diorg2 tu dalam reality maupun alam cyber sebab aku dah buang jauh2 org yg byk rosakkan hati aku.

ada juga saudara mara yg dlm friendlist tapi disebabkan masalah keluarga dan salah faham jadi mcm batu. takleh nak komen.. takleh nak inbox... itu mmg aku tak faham. pandai cari salah org tapi sebenarnya dia yg menjauhkan diri. walaupun aku tak suka,marah dan benci lagilah tapi aku masih terima diorg sebagai sedara... kerana air yg dicincang takkan putus... cuma manusia ni jer yg slalu lupa diri sebab duit.. buang sedara dan darah danging sbb duit tapi merapatkan parasit atau dgn lebih tepat blood sucker dalam family diorg. tapi hak masing2. klu diorg rasa bahagia dgn org yg selalu mengampu dan kata YES never NO... silakan.... its your life not mine... tapi aku cuma nak ingatkan... jgn kerana nila rosak susu sebelanga... jgn buang family yg takde kena mengena... itu tak ADIL... astagfirullahalazim... lg satu aku dpt tau diorg kata aku suka bawa mulut?? selama aku hidup dan arwah emak slalu pesan,masalah org jgn dijaja.. itu yg aku pegang dari dulu,jgn kerana korang ada masalah mental nak kaitkan aku dlm masalah korang.itu tak ADIL! klu rasa dah tak cukup org nak bg salah... korang korek salah korang dulu itu lebih afdal! 

kebanyakkan yg berFB ni tak jujur pada diri sendiri.berstatus hari2 utk dptkan perhatian.. jaja cerita sendiri sampai tak sedar org mengata belakang ko kaw..kaw... punye.. tak malu ke? ermm... itu yg aku kata FB ni byk sesatkan hati org dan menambah dosa hehe... tapi nak buat camne kan.. klu berFB boleh melepaskan tension silakan...yg penting kita jaga adab sopan bila berkata dan jgn terlalu syok sendiri bila berstatus... 

bagi aku main game lagi bagus... hehehe tenang fikiran aku bila susun2 perabot.. susun2 bandar... main perang2... dah boring beralih game baru plak.. takyah lah slalu libatkan diri dgn masalah org better settle masalah sendiri dulu lebih baik... hehehe...

dan pada yg sudah berkahwin.. bertunang..bercouple tu jgn lah cari masalah dlm FB ni nak cari SCANDAL.nampak jer ppuan cantik terus add.. ppuan cantik ada masalah terus nak tolong... bak kata nombor telefon dah tak privacy dah... mcm kena lelong jer... baik advertise terus kt suratkhabar no tel tu hahaha.... bg perempuan plak klu dah tau laki tu laki org or tunang org tak payahlah nak menggatal sgt.. org tu puji ko sebab ada makne. jgn nak syok sgt bila org puji melambung... beringat2lah apa yg korang buat nanti akan jadi kat korang pulak. baik jaga nama dan maruah sendiri sebelum kena maki & lempang! hikhik... no telefon korang tu simpanlah utk kegunaan sendiri,jgn senang sgt nak jaja sana sini...boleh?

itu lah serba sedikit sbb nape aku kata FB ni tak elok utk kesihatan mental.. aku rasa sape yg faham maksud aku mesti setuju dgn aku. yg marah2 tu mesti belum tau lagi atau belum kena buku dgn ruas hihihi... =p





No comments:

Post a Comment