Saturday, August 27, 2011

EXCITED

lagi 2 hari nak HARI RAYA.. excited utk beraya dgn suami buat kali pertama. harap sangat hari raya tahun ni berlaku sesuatu yg mengembirakan! dalam seronok menanti lebaran,hati ni sentiasa juga risau. tahun ni mmg aku tak keluar apa2 belanja utk persiapan rumah. slalu ada juga aku beli air atau kuih dll.. tp tahun ni.. malu pun ada juga tapi nak buat macam mana. bonus pun tak nampak bayang? sedih sgt sebenarnya. tapi mungkin bukan rezeki aku tahun ni. tapi aku redha,aku masih ada family yg memahami & menyayangi kami walaupun keadaan kami macam ni. terima kasih korang!

yang aku gumbira sgt sebenarnya aku dapat panggilan temuduga hari jumaat lepas.. panggilan yg aku nanti2 kan.. tak kire lah keje apa kan janji aku dpt mulakan pencarian job secara drastik. kire ini baru nak start engine lah.. huhu... kalau aku diterima bekerja kt situ,alangkah sronoknye! dptlah aku tinggal dgn hubby lepas ni. walaupun nak menumpang rumah abah JB tapi yelah terpaksalah buat sementara waktu. InsyaAllah lepas 2-3 bulan dah boleh cari rumah sewa sendiri. 

hari ini aku dah mula nak fikir barang apa yg perlu aku angkut ke jb. yelah nanti senang bila dah start keje sana takdelah aku nak tringat barang tu takde.. barang ni takde... pening juga ni nak pindah. sebab barang byk sgt ni huhu... takpelah pelan2.

bilik kt jb tu pun skit2 aku nak kemas bagi cantik. at least bila kitorg dah pindah nanti bolehlah jadi bilik tetamu. dan bila adik-bradik datang bolehlah berehat kt situ ke apa ke... tak sabar rasanye huhu... harap hubby bagilah aku capai impian nak cantikkan bilik tu. mula2 yg aku nak buat sebenarnya nak cat.. biar nampak ceria.. boleh kan syg? huhu....

oklah setakat ni dulu. aku pun takde idea nak karang hehe... apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN buat semua.. muah!

No comments:

Post a Comment