Sunday, August 5, 2012

Mencari kekuatan di Ramadhan ini...

Assalamualaikum,

Dah lama betul tak post dekat blog.Agak sibuk dengan kerja dan urusan rumah tangga.Suami tak ada dirumah ketika ini so sempatlah aku update blog ni skit sambil2 tgk cite Dil To Pagal Hai kih3...

Sekarang dah duduk berdua dgn suami.Rumah pun selesa.mula-mula duduk sendiri ni mmg banyak dugaan.Baru merasa duduk sendiri,kenalah pandai budget.duduk berdua budget pun skit.nak beli pun sekat2.tak rasa pun susah.kadang2 mcm org mewah hahaha... itu pun lepas dpt gaji.nak merasa hasil titik peluh sendiri kan? huhu... Suami pula berniaga bersama ayah mertua. kalau ramai org adalah rezeki lebih,kalau  tak dpt lah skit. Bulan puasa tahun ni suami cuba berniaga sendiri,sebab ayah mertua cuti sebulan lebih sampai hari raya. Suami pula tak boleh lah cuti,ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Kadang2 kesian tengok suami berusaha kerja sampai tgh malam di bulan puasa. Semoga Tuhan beri dy kekuatan. Org tgk mcm kita ni mewah sbb meniaga tapi Tuhan sahaja yg tahu. yg faham tu faham. yg tak faham tu ambil mudah tengok dy bersusah payah tak mahu cuti berniaga. Tak apalah sayang... semua ni dugaan yg perlu kita tempuhi. InsyaAllah berkat kesungguhan kita.. di masa hadapan kehidupan kiita akan berubah.

Kadang2 rasa macam diri ni tak ada kekuatan. Selalu mengeluh dan menangis tp bila kenangkan ramai lagi yg hidup susah dari kita. Kekuatan tu datang kembali. Tak elok mengeluh kan kalau kita susah, kita patut bersyukur kan? 

Hari Raya tahun ni beraya dgn rumah baru yg lain2 sume lama hehe... takpe itu sume tak penting. Janji yg penting aku dpt balik Klang beraya dgn abah hehe... itu yg paling penting!

Aku harap semua faham apa yg kami lalui. jangan lah menambah kesusahan yg kami alami. beri ruang untuk kami mulakan hidup baru. Jika kami menolak tak beerti kami sombong tetapi kami kurang mampu. Minta maaf jika ada yg tersinggung. tetapi kami tak mampu untuk menjaga hati semua org sekali gus.

Doakan kami berjaya harungi perjalanan yg masih jauh ni... AMIN.... ^_^




No comments:

Post a Comment