Friday, February 21, 2014

Rezeki 2014

Assalamualaikum.

Tahun 2014.genaplah 2 tahun aku tinggal bersama suami.dan juga 2 1/2 tahun kami sah menjadi suami isteri.sepanjang perkahwinan takde lah byk sangat rintangan yang datang cuma keadaan ekonomi kami tidak berganjak selama 2 tahun ini. Tapi berkat kesabaran dan usaha. Tahun ini aku sudah mulakan kerja di tempat baru. dan alhamdullillah juga rezeki kami mula berubah sedikit.gaji aku pun tak macam dulu.bolehlah bertahan sehingga akhir bulan.slalunye tak! hehe... abah juga tpt mengadu dan abah juga yg banyak membantu.

Aku masih ingat juga,aku mengandung kali pertama selepas berkahwin tetapi kami takde rezeki lagi. Dan kali kedua aku mengandung tahun lepas bulan April 2013. Juga tidak berjaya.sedikit down dan hanya berserah selepas itu. Skali lagi aku dapat perkhabaran gembira minggu ini. aku mengandung kali ke - 3. aku berharap sangat dapat berikan cucu buat abah tersayang. sudah lama abah tunggu. cuma kami adik-bradik tiada rezeki lagi. tak apa ini semua perancangan Allah swt. jika Allah swt benarkan aku kali ni insyaAllah abah akan dapat cucu jua. Amin...

Aku bahgia.walaupun hidup kami tak semewah adik-bradik yg lain. kami cuba hidup dengan cara kami serba sederhana. tak perlulah nak ikut org kan. org tuka hp  kita nak tuka tp kita tak mampu. so go with the flow... tak perlu tergesa-gesa mengejar harta dunia.

Aku berharap dapat langsaikan semua hutang2 aku di dunia ni. semoga jiwa aku tenang menjalani hidup akan datang. semoga Allah swt beri aku laluan yang mudah untuk aku jalani hidup selepas ini. Aku berserah dan menerima qadaq dan qadar tuhan dengan hati terbuka.

Aku tahu semua family dan sahabat2 sayangkan aku. aku juga sayangkan mereka dunia akhirat. InsyaAllah. semoga aku dapat laluinya dengan tenang dan aku berharap suami aku juga dapat mencari rezeki dengan mudah & tawakal.

Tidak mengapa sayang jika kita susah waktu ini. Berbakti pada org tua jua adalah tugas kita yang utama. Semoga Tuhan maafkan segala dosa suamiku dan permudahkan jalan untuknya.Amin....

No comments:

Post a Comment