Wednesday, August 27, 2014

Dugaan lagi

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update blog.sejak dah tak pakai broadband,netbook kt rumah tu duk diam jer dalam kotak.kesian pulak rasanya.InsyaAllah nantilah renew balik BB Umobile tu.since hubby pun dah kerja tetap.syukur sgt.lepas hari raya lepas,hubby buat keputusan nak kerja semula dgn rakannya Sam.mmg saya tunggu2 suami buat keputusan ni sbb bekerja sendiri perlukan usaha lebih,kalau asyik tutup jer warung mmg sampai bila2 kami macam takat ni jer tak berkembang maju hehe.....

Tahun ni mmg saya diduga dengan macam2 musibah.selepas keguguran kali ke 3 pada bulan 3 lepas saya kemalangan pula sebelum hari raya aidilfitri yg lalu pd 26/7/2014. kereta atos saya masih dibengkel menanti berita yang sangat mengecewakan hati.11 tahun bersama susah dan senang akhirnya kereta tersebut bakal diisytiharkan tidak boleh dibaiki. total loss. bagaimana saya harus terima keadaan ini dgn tenang. dah lah nama blacklist akibat kesilapan sendiri (bagi guna IC utk beli kereta dan ditarik), dengan hutang kredit kad yg belum langsai, macam mana saya nak tuka kereta baru atau pun beli rumah baru. memang saya akui byk melakukan kesilapan sewaktu muda dulu.tapi apakan daya barang yg lepas tidak boleh ditarik balik. cuma apa yg saya perlu lakukan adalah meneruskan sisa2 hidup dengan berazam utk melangsaikan hutang2 dan hidup gembira dgn suami dan family tercinta.

Syukur pada ya Esa juga kerana tidak pernah menurunkan musibah yg tidak mampu kita tempuhi.Saya masih lagi berpijak di bumi yang nyata dan berazam untuk maju dalam hidup ini dan InsyaAllah selepas bertukar kerja di JB Town saya lebih berkeyakinan untuk lebih berusaha.Tempat kerja baru ini juga nampaknya memberi keyakinan kepada saya utk lebih maju dan berjaya.InsyaAllah

Tak ada masalah yg tak boleh kita atasi. InsyaAllah di masa hadapan saya berharap dikurniakan zuriat yg sekian lama saya & suami tunggu2, berubah maju dalam ekonomi rumahtangga dan juga menjaga kesihatan dgn lebih baik.InsyaAllah 
 

No comments:

Post a Comment