Monday, October 10, 2011

Hijrah ke Tampoi,Johor

Assalammualaikum..

Tak lama lagi aku akan berhijrah ke Tampoi. macam mana agaknya kehidupan aku di sana nanti. harap semuanya akan ok dan berpihak pada kami. aku akan menumpang di rumah bapa mertua dahulu sebelum berpindah ke rumah sewa nanti. rumah belum cari lagi sebab duit belum cukup. tapi aku dah target dalam 2-3 bulan mesti nak sewa rumah. aku tak mahu lama² di rumah bapa mertua kerana tak mahu susahkan fmly dan juga adik ipar yg tinggal di situ. di sana nanti aku kena pandai survive & layan suami. mungkin hidup kami akan sedikit susah nanti tapi kami akan usaha utk pastikan kami tak mengharapkan belas ehsan keluarga. susah senang bersama,cuma aku harap bapa mertua faham dgn keadaan aku yg baru nak mula cari kerja di sana nanti. maklumlah semua belanja harus kami cari memandangkan ada kereta dan hutang yg perlu di langsaikan.

kalau nak berjalan atau apa kenalah tengok budget sebab minyak pun dah naik. kereta aku tu pun nak kene repair jer maklumlah dah nak masuk 8 tahun. tak boleh nak senang² mcm sekarang sbb dah berumahtangga ni kena lah bertolak ansur. aku harap suami aku faham. duduk rumah tu kenalah kongsi byr duit elektrik & air. takleh lah nak basuh kaki jer duduk situ kan.. kalau nak makan aku rasa kena lah cari ikhtiar sendiri. kena masak sendiri sbb kalau nak tanggung semua,diri sendiri & suami pun tak lepas. pening juga ni.. tapi takpelah aku buat jer yg termampu dgn bantuan suami tersayang.

aku sebenarnya bukan berkira atau kedekut tapi aku tak nak terhutang budi dgn org.aku tak biasa sebab aku tahu satu hari akan keluar cerita begitu begini. sebelum apa-apa berlaku kenalah atasi dulu sebaik mungkin.

aku harap sgt aku dpt kerja secepat mungkin. kalau gaji dalam 2K alhamdullillah syukur.. dptlah aku cari rumah sewa cepat. tak sabar nak duduk berdua dgn suami dan rumah sendiri... =)

No comments:

Post a Comment