Wednesday, December 21, 2011

FB tak elok untuk kesihatan mental

hehe... aku ckp mcm tu bukan aku dah tak suka nak main FB.tapi FB byk membantu aku terutama sekali mendekatkan aku dgn family yg dekat maupun jauh.banyak cerita yg dpt aku kongsi bersama dan aku tak sunyi dgn adanya FB walaupun aku keseorangan, sebab kawan2 sering menemani bila aku memerlukan.betolkan?

tapi FB juga buat aku menyampah dgn orang hahaha.... tak baik aku kata mcm tu.tapi reality... ada kwn yg slalu sgt update gambar2 dia..boleh dikatakan hari2.kononnya dia cantik dan comel.... tp aku tgk taklah cantik cuma gedik lebih dari cantik hehe... tp dah slalu sgt aku tgk dah bosan sebab slalu sgt expose muka & badan... aku pun boleh buat mcm tu.. dulu2 aku tak nafikan aku mcm dy tp skrg ni dah berkahwin,tak eloklah bagi lelaki lain tgk wajah & tubuh badan aku slalu.DOSA... tp aku rasa dah berFB ni ramai yg tak sedar dosa dan pahala. cakap pun boleh buat kita menyampah dan sakit hati atau geli-geleman dgn diorg ni tapi aku takleh nak salahkan diorg semata,sebab yg melayan pun boleh tahan gak gatalnya hahaha...

aku berFB dgn tujuan merapatkan hubungan yg jauh maupun dekat.aku klu boleh taknak friendlist aku ramai sgt,seboleh mungkin aku nak kurangkan.. walaupun dah buang mana2 yg aku tak bape kenal & tak pernah jumpe tapi bila dah removed diorg add aku semula.kesian pula... takkan aku nak tolak. dah nak dekat 400 friends... mmg semua tu kwn2 aku dari sekolah rendah sampai kolej.. dari saudara mara dekat sehinggalah yg jauh2 & dok oversea... kwn2 club THM,MYAC,GETZZONE dan seangkatan dgnnya semua aku kenal.takkan aku nak buang diorg dari hidup aku.oleh itu aku cuba kekalkan.. cuba rapatkan... InsyaAllah suatu hari mereka pasti memerlukan kita & kita perlukan mereka. Aku hargai semua kwn2 aku yg aku kenal... mereka semua berniat utk kenal dan ikhlas...

tapi sesetengah org juz nak add aku utk spy.. utk scandal dgn laki aku dulu... puiii! aku mmg benci dgn org mcm tu.ada udg sebalik batu. mmg org yg tak baik,takde kwn macam tu pun takpe.. benci aku. tapi itu semua cerita lama still aku mmg taknak jumpa lah dgn diorg2 tu dalam reality maupun alam cyber sebab aku dah buang jauh2 org yg byk rosakkan hati aku.

ada juga saudara mara yg dlm friendlist tapi disebabkan masalah keluarga dan salah faham jadi mcm batu. takleh nak komen.. takleh nak inbox... itu mmg aku tak faham. pandai cari salah org tapi sebenarnya dia yg menjauhkan diri. walaupun aku tak suka,marah dan benci lagilah tapi aku masih terima diorg sebagai sedara... kerana air yg dicincang takkan putus... cuma manusia ni jer yg slalu lupa diri sebab duit.. buang sedara dan darah danging sbb duit tapi merapatkan parasit atau dgn lebih tepat blood sucker dalam family diorg. tapi hak masing2. klu diorg rasa bahagia dgn org yg selalu mengampu dan kata YES never NO... silakan.... its your life not mine... tapi aku cuma nak ingatkan... jgn kerana nila rosak susu sebelanga... jgn buang family yg takde kena mengena... itu tak ADIL... astagfirullahalazim... lg satu aku dpt tau diorg kata aku suka bawa mulut?? selama aku hidup dan arwah emak slalu pesan,masalah org jgn dijaja.. itu yg aku pegang dari dulu,jgn kerana korang ada masalah mental nak kaitkan aku dlm masalah korang.itu tak ADIL! klu rasa dah tak cukup org nak bg salah... korang korek salah korang dulu itu lebih afdal! 

kebanyakkan yg berFB ni tak jujur pada diri sendiri.berstatus hari2 utk dptkan perhatian.. jaja cerita sendiri sampai tak sedar org mengata belakang ko kaw..kaw... punye.. tak malu ke? ermm... itu yg aku kata FB ni byk sesatkan hati org dan menambah dosa hehe... tapi nak buat camne kan.. klu berFB boleh melepaskan tension silakan...yg penting kita jaga adab sopan bila berkata dan jgn terlalu syok sendiri bila berstatus... 

bagi aku main game lagi bagus... hehehe tenang fikiran aku bila susun2 perabot.. susun2 bandar... main perang2... dah boring beralih game baru plak.. takyah lah slalu libatkan diri dgn masalah org better settle masalah sendiri dulu lebih baik... hehehe...

dan pada yg sudah berkahwin.. bertunang..bercouple tu jgn lah cari masalah dlm FB ni nak cari SCANDAL.nampak jer ppuan cantik terus add.. ppuan cantik ada masalah terus nak tolong... bak kata nombor telefon dah tak privacy dah... mcm kena lelong jer... baik advertise terus kt suratkhabar no tel tu hahaha.... bg perempuan plak klu dah tau laki tu laki org or tunang org tak payahlah nak menggatal sgt.. org tu puji ko sebab ada makne. jgn nak syok sgt bila org puji melambung... beringat2lah apa yg korang buat nanti akan jadi kat korang pulak. baik jaga nama dan maruah sendiri sebelum kena maki & lempang! hikhik... no telefon korang tu simpanlah utk kegunaan sendiri,jgn senang sgt nak jaja sana sini...boleh?

itu lah serba sedikit sbb nape aku kata FB ni tak elok utk kesihatan mental.. aku rasa sape yg faham maksud aku mesti setuju dgn aku. yg marah2 tu mesti belum tau lagi atau belum kena buku dgn ruas hihihi... =p





Wednesday, December 14, 2011

Kerja yg belum muncul2!

Hari dah masuk 14 hari aku menganggur.Rasa dah naik lemas duduk rumah.Bukannya tak dpt panggilan interview tp dah masuk 4 dah.... ya Allah kau berikan rezeki kepadaku dan suami.Aku rasa lemau duduk rumah lama2 tanpa hasil... dah lah duit simpanan ku tinggal sikit. walau bagaimanapun suamiku masih mampu tampung hidup kami cuma aku amat memerlukan pekerjaan tetap utk membantu suami.harap2 interview di Sea Gate tadi menerimaku bekerja. Amin.....

Wednesday, October 19, 2011

debaran semakin kencang

41 days to go.... go where? stay jb lah hehe....


semakin dekat tarikh semakin aku berdebar.aku happy akhirnya aku dpt bersama suami.. bersama setiap hari.. menjaga sesama sendiri,masak dan makan bersama.tak perlulah aku nak menahan rindu sampai menangis huhu.. ini yg aku inginkan.

aku tak tau kenapa aku jadi takut tiba2.mungkin juga disebabkan aku masih belum lagi mendapat pekerjaan tetap di sana.aku takut tak dpt nak beri komitmen seperti skrg. aku dah buat silap dulu dan aku bertekad utk melangsaikan segala hutang piutang kad kredit yg ada cuma aku perlu mendapat kerja tetap dahulu. sementara aku tak bekerja,aku nak buat apa??? alamak! 

itu yg aku takut kot? ermmm... byk yg aku boleh buat dan telah aku fikirkan sejak lama dahulu.aku cuma perlukan kebenaran dan sokongan bukan penolakan segala idea yg aku keluarkan. jika semuanya berjalan lancar.. InsyaAllah... kami akan berubah dan berjaya.

Tuesday, October 11, 2011

Dia suami yg baik..

Sepanjang aku mc keguguran,suami sanggup cuti panjang untuk bersama.Aku sangat hargai pengorbanan dia. walaupun kami nakal juga sebab aku sepatutnya beristirehat di rumah tetapi kami berjalan ke sana sini menghabiskan masa huhu tetapi itu bagi aku satu terapi yg sgt baik.. walaupun agak penat kerana kesihatan belum pulih,aku happy sangat... dia pun memahami... cuma yg tak leh tahan dia saje makan banana split depan aku... geram jer.. 

terkulat2 aku menelan air liur hehe... tapi tak apalah asalkan kami happy... lepas tu pergi tengok wayang di Times Square,harga tiket baru rm7... filem bini-biniku gangster sememangnya menghiburkan yeah! puas hati!... byk tpt kami pusing2 selama dia di klang... kami ke USJ9-10.. sebenarnya nk makan kt tpt kwn EAST MEET WEST skali tak jumpe trus lepak minum sambil makan yong tau foo kt Mydin belakang Summit hahaha... kami juga ke chow kit,saja2 jalan-jalan cari pasal.. dan byk lagi tpt yg kami pusing.. syok juga lah boleh belajar jalan2 di KL. selama ni tak berani,skrg dah terer... tp yg paling best kami ke iCity..



mula2 nak tak nak.. last2 pegi juga masuk ke SNOW WALK... harga rm25 agak mahal juga tak termasuk sewa boot rm10.. lepas tu bape kali kene beli token loker simpang barang haha... klakar jer.. tapi kami happy.. sgt happy masa tu.

Thank you sayang sebab bawa ayg pegi round2.. walaupun pada mulanya kita nak bercuti di Janda Baik,tapi sebab tak cukup budget kita jalan juga kan huhu... I love u so much! terima kasih beri ayg semangat sewaktu ayg perlukan sangat2.. papa tak pernah merungut pun... ayg hargai sgt2... muah!

Monday, October 10, 2011

Hijrah ke Tampoi,Johor

Assalammualaikum..

Tak lama lagi aku akan berhijrah ke Tampoi. macam mana agaknya kehidupan aku di sana nanti. harap semuanya akan ok dan berpihak pada kami. aku akan menumpang di rumah bapa mertua dahulu sebelum berpindah ke rumah sewa nanti. rumah belum cari lagi sebab duit belum cukup. tapi aku dah target dalam 2-3 bulan mesti nak sewa rumah. aku tak mahu lama² di rumah bapa mertua kerana tak mahu susahkan fmly dan juga adik ipar yg tinggal di situ. di sana nanti aku kena pandai survive & layan suami. mungkin hidup kami akan sedikit susah nanti tapi kami akan usaha utk pastikan kami tak mengharapkan belas ehsan keluarga. susah senang bersama,cuma aku harap bapa mertua faham dgn keadaan aku yg baru nak mula cari kerja di sana nanti. maklumlah semua belanja harus kami cari memandangkan ada kereta dan hutang yg perlu di langsaikan.

kalau nak berjalan atau apa kenalah tengok budget sebab minyak pun dah naik. kereta aku tu pun nak kene repair jer maklumlah dah nak masuk 8 tahun. tak boleh nak senang² mcm sekarang sbb dah berumahtangga ni kena lah bertolak ansur. aku harap suami aku faham. duduk rumah tu kenalah kongsi byr duit elektrik & air. takleh lah nak basuh kaki jer duduk situ kan.. kalau nak makan aku rasa kena lah cari ikhtiar sendiri. kena masak sendiri sbb kalau nak tanggung semua,diri sendiri & suami pun tak lepas. pening juga ni.. tapi takpelah aku buat jer yg termampu dgn bantuan suami tersayang.

aku sebenarnya bukan berkira atau kedekut tapi aku tak nak terhutang budi dgn org.aku tak biasa sebab aku tahu satu hari akan keluar cerita begitu begini. sebelum apa-apa berlaku kenalah atasi dulu sebaik mungkin.

aku harap sgt aku dpt kerja secepat mungkin. kalau gaji dalam 2K alhamdullillah syukur.. dptlah aku cari rumah sewa cepat. tak sabar nak duduk berdua dgn suami dan rumah sendiri... =)

Friday, September 23, 2011

Tuhan pinjamkan nyawa anak mama sekejap jer.. mama redha syg...

23/9/2011 - aku bgn pagi nak pergi 2nd check-up dkt Klinik Pandamaran. mlm smlm aku rasa mcm nak demam dan sejuk sgt smpi aku pakai stocking waktu nak tido.. pagi kul 6am aku dah bangun. w/pun smpai awal di klinik tapi no giliran aku yg ke 5022... yg ke-22... lepas ambil darah,aku di suruh ke bilik 6 utk minum air gula.. lepas tu aku duduk tggu giliran lagi utk next step.. tiba2 aku rasa nak buang air sgt,jadi aku ke bilik air. jantungku mula berdegup kencang bila ada tompok darah pd seluar dlmku.. aku x senang hati terus jumpe Nurse dan ckp apa yg berlaku. Nurse trus suruh aku jumpe doktor di bilik 7. doktor pula suruh aku trus ke Hospital. aku keseorangan memandu ke hospital dgn linangan air mata.. aku telefon suami utk beritahu perkara sebenar.. suami aku kedengaran terlalu risau dan sedih. tetapi hati aku lagi sedih waktu itu.. keseorangan berjuang menyelamatkan babyku.

Dgn hati yg bdebar2.. aku memandu keseorangan ke HTAR.. dah smpi nk ke Unit Kecemasan parking pula jauh.terpaksa menapak jauh.. smpi di unit berkenaan.. aku mula register dan tggu dlm 2 jam baru dpt jumpe doktor di klinik sakit puan.terlalu lama aku tunggu sampaikan aku rasa mcm nak mengamuk di situ,kenapa lambat sgt bertindak sedangkan aku sedang mengalami pendarahan... tak tau apa yg akan berlaku nanti. selepas doktor scan,doktor xdpt kesan baby & check air kencing juga -ve, doktor kata baby dah takde.. hati aku luluh masa tu.. bingung dan nak menangis.. apa salah aku? tapi doktor mcm pertikaikan sesuatu dgn doktor2 lain,yg aku kesalkan doktor yg check aku masa tu sibuk dgn telefon sampaikan aku terasa di abaikan.mereka cuba utk pastikan lg skali dan doktor ambil darah aku utk ujian seterusnya..kerana tidak mungkin ujian air kencing -ve w/pun aku baru keguguran kerana sisa2 masih ada sepatutnya. Selepas ambil darah utk diuji,doktor bgtau aku jika ada sebarang masalah mereka akan hubungi aku,tetapi jika tidak ada apa2 masalah mereka tidak akan hubungi aku.aku kebingungan?

Mana anak mama pergi? sepanjang perjalanan pulang aku menangis. aku tak tahu arah tuju aku seterusnya. aku berpusing2 mencari arah pulang. aku hubungi suamiku lg skali.aku tahu hati dia akan luluh selepas mendengar yg anaknya sudah tiada. dan mmg betul,dia menangis. aku jadi semakin hiba. apa salah mama? mama dah jaga sebaik mungkin tetapi ujian Allah swt kali ini semakin kuat buat kita.

Aku pulang ke rumah tanpa beritahu keluargaku dahulu.aku terus masuk ke bilik. aku terus sms kakak iparku utk bertanya apa yg perlu aku buat. sebelum itu aku cuba telefon kakakku yg di Bangkok tp tak dpt. selepas kak iparku menasihatkan aku supaya buat 2nd ujian. dia telefon abgku utk hantar aku ke klinik.. selepas itu abg aku terus call abah dan kakLong ku baru tahu selepas itu. aku menangis semahunya.. badanku terlalu lemah dan tak dapat terima hakikat. selepas itu kami ke DAMO buat check-up kali ke-2. Doktor pun kata scan x nampak & air kencing -ve.. tapi darah aku tak kluar lagi. cuma doktor suruh tggu period bulan depan normal ke tak.aku semakin bingung..

Mana anak mama? mlm itu aku pening kepala tak boleh tido.aku perlukan ubat utk menenangkan diri aku. aku pun pergi ke Klinik Ana utk minta nasihat. Doktor Ana pun hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. kecuaian pihak hospital dipertikaikan sejak dari kali pertama aku buat check-up. doktor tak bagi aku ubat darah tinggi. Doktor Ana nasihatkan aku berehat sahaja 2-3 minggu selepas ini.. aku redha.. yg doktor tekankan kenapa ujian air kencing boleh -ve sedangkan baru sahaja darah kuar setompok pagi tadi.

Aku semakin bingung.Sebenarnya aku masih tak percaya aku kehilangan babyku.. aku masih tercari-cari salah aku.. apa silap aku? aku asyik menangis bila terkenangkan peristiwa hari itu. masih keliru tanpa sebarang alasan yg kukuh aku hilang harapan. aku semakin tertekan bila suamiku juga seperti mencari salah aku.. mungkin dia xdpt terima apa yg berlaku.. dia pun seperti sudah tak ambil berat spt mula aku disahkan mengandung.. emosi aku betul2 terganggu.. entahlah aku dah buat yg terbaik utk diri aku dan kandunganku selama itu. Tuhan lebih memahami apa yg berlaku.. semua ini dugaan. Aku redha tempoh kesakitan ini keseorangan. Darah mula keluar pagi 24/9 smpi ke hari ini.. muka aku semakin pucat kerana kehilangan darah yg byk. selera makanku kurang tetapi aku terpaksa kuatkan diri utk pulih sedia kala. kerana aku sahaja yg berhak utk diri aku jadi seperti biasa. aku redha... aku pasrah...

Tuhan beri aku bahagia selama 2 minggu.. aku redha dan gembira w/pun sekejap.. semoga rezeki aku dan suami selepas ini kekal hingga akhir hayat kami.Amin...

Wednesday, September 7, 2011

Yes! I'm going to be a MOM!

alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi.. aku bakal menjadi mama tidak lama lagi.. aku sgt happy sebab Allah swt perkenankan doa kami.. 

sebenarnya dah lama hubby suruh aku pegi check tp aku kata tggu dulu sebab takut kecewa nanti. nak dijadikan cerita semalam aku takleh bangun pagi kepala aku pusing & berat sangat. aku buat keputusan nak ambil mc, sebb aku rasa darah tinggi aku naik lagi.. masa nak pergi klinik mmg macam berat sgt kaki ni.. hati ni kata 'sakit sikit jer ni kalau rehat jer esok mesti dah ok'.. tp disebabkan hubby asyik call dan sms tanya bila nak pergi klinik,aku pun kuatkan semangat aku. aku pergi klinik ANA depan rumah.. sebab dah biasa dgn dr Ana... 

masa duduk krusi dpn doktor mulalah aku terus cakap yg aku rasa darah tinggi aku naik. doctor pun terus check dan mmg betul apa yg aku sangkakan 150/110... doctor tanya nak pegi hospital tak? aku kata taknak,dan minta Dr bagi ubat jer dan aku leh rehat kt umah.. tiba² Dr tanya 'awak pregnant kot?' nak check tak? sbb Dr kata klu pregnant ubat darah tinggi sukatan dia lain skit.. aku pun setuju. Dr suruh aku kencing hik3.. aku ckp 'saya tak rasa nak keluar ni,camne?' klakar pulak rasenya,aku pun g toilet.... lepas aku serahkan urine,aku kne tggu kejap. yaAllah time tu Tuhan saja yg tahu, hati aku berharap sgt tapi aku takut tak jadi..

bila Dr panggil dia senyum dan aku dah nampak test stick kt depan Dr dan Dr trus ckp tahniah! awak pregnant! hati aku nak menangis masa tu dan dlm mse yg sama bharap suami aku ada skali time tu.. aku dah tak sabar nak call hubby masa tu juga. tapi aku sabarkan hati sambil Dr kira² bila dan dah brape minggu tapi yg aku dgr cuma due adalah pada 5/5/2012... hahaha... yg lain aku tak fokus sbb asik ingat hubby tersayang... huhu

keluar sahaja dari klinik,aku trus call hubby dan aku nangis gembira masa cakap kt dy... aku dapat rasa hubby sangat gembira.. terbayang wajah dy yg ceria. i love u sayang! ini bukti cinta kita yg suci... 

perjalanan nak tempuh 9 bulan masih jauh.. jadi aku perlu berhati² dan mengumpul duit dari sekarang. kejap lagi aku nak pegi klinik buat 1st check-up sebagai ibu mengandung.... hehe... yes! i'm going to be a MOM!




Saturday, August 27, 2011

EXCITED

lagi 2 hari nak HARI RAYA.. excited utk beraya dgn suami buat kali pertama. harap sangat hari raya tahun ni berlaku sesuatu yg mengembirakan! dalam seronok menanti lebaran,hati ni sentiasa juga risau. tahun ni mmg aku tak keluar apa2 belanja utk persiapan rumah. slalu ada juga aku beli air atau kuih dll.. tp tahun ni.. malu pun ada juga tapi nak buat macam mana. bonus pun tak nampak bayang? sedih sgt sebenarnya. tapi mungkin bukan rezeki aku tahun ni. tapi aku redha,aku masih ada family yg memahami & menyayangi kami walaupun keadaan kami macam ni. terima kasih korang!

yang aku gumbira sgt sebenarnya aku dapat panggilan temuduga hari jumaat lepas.. panggilan yg aku nanti2 kan.. tak kire lah keje apa kan janji aku dpt mulakan pencarian job secara drastik. kire ini baru nak start engine lah.. huhu... kalau aku diterima bekerja kt situ,alangkah sronoknye! dptlah aku tinggal dgn hubby lepas ni. walaupun nak menumpang rumah abah JB tapi yelah terpaksalah buat sementara waktu. InsyaAllah lepas 2-3 bulan dah boleh cari rumah sewa sendiri. 

hari ini aku dah mula nak fikir barang apa yg perlu aku angkut ke jb. yelah nanti senang bila dah start keje sana takdelah aku nak tringat barang tu takde.. barang ni takde... pening juga ni nak pindah. sebab barang byk sgt ni huhu... takpelah pelan2.

bilik kt jb tu pun skit2 aku nak kemas bagi cantik. at least bila kitorg dah pindah nanti bolehlah jadi bilik tetamu. dan bila adik-bradik datang bolehlah berehat kt situ ke apa ke... tak sabar rasanye huhu... harap hubby bagilah aku capai impian nak cantikkan bilik tu. mula2 yg aku nak buat sebenarnya nak cat.. biar nampak ceria.. boleh kan syg? huhu....

oklah setakat ni dulu. aku pun takde idea nak karang hehe... apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN buat semua.. muah!

Sunday, August 21, 2011

terkilan dan susah hati

Assalammualaikum,

lg 8 hari dah nak sambut syawal, tak tau nak rasa apa.. happy mmg happy sebab tahun ni dapat beraya dgn suami. tapi byk yg tak happy dari happy kot? pertama sbb tahun ni bonus tak ada.. so xdelah rezeki nak beli kuih raya ke.. baju raya toksah cite lah mmg xpenah beli pun since arwah emak meninggal. cuma tahun ni fikir nak belanja balik kg suami jer. harap gaji buta2 nak guna utk petrol,tol dll... tak cukup rasenye. so mmg kne jimat jer sepanjang raya nanti. duit raya utk anak2 sedara rasanya mmg tak dpt nak bagi kot tahun ni. xpelah itu semua tak penting asal kita ikut kemampuan jer lah kan.. toksah fikir cakap org atau sedara-mara. mmg kita dah hidup susah camni.. terima dgn hati terbuka.

Tahun ni mmg nampak sgt hidup ni serba kekurangan. tapi takyah lah aku nak merungut sbb ramai lagi yg hidup susah dari aku & suami. bila kita susah,kita fikir kan jer ramai lagi yg susah dari kita. 

Harap sedara-mara faham lah susah aku dgn suami. takyah lah nak komen2 atau merajuk2 klu kitorg ni tak beraya rumah diorg ke... tak pergi rumah diorng ke... kena fahamlah kitorg nak bergerak ke satu tempat tu kena pakai duit gak bukan free. petrol,tol sume dah naik.. barang2 pun sume dah naik harga.. gaji aku yg tak naik2 huhu...

InsyaAllah aku nak cepat2 cari rumah sewa.. dari situ baru aku dpt plan betul2 mcm mana nak budget utk hidup kami. Doakan kami berjaya tempoh hidup phase yg pertama ni ye' chayuk2! 

Saturday, August 13, 2011

drama minggu ini

ermm subuh2 ni pun nak gaduh.. mmg aku nak meletop jer td tp aku fikir rasional.slalu nya aku akan cakap "biarlah org buat kita jgn kita buat org" tp sampai bile kan? satu hari mmg aku berhasrat nak luahkan pasal prangai diorg yg aku tak suka dan tak berkenan langsung!

dulu xde hal2 mcm ni berlaku.tp sejak si pendatang tu tinggal kt rumah Sat. mcm2 hal blaku.aku igt lg mula2 dia dtg,dia sakit gigi,lepas tu meracau tgh2 mlm kononnya dirasuk. lepas tu plak muncul cite ada hantu kt rumah tu. yg aku pelik selama org lain duduk tkde lak aku dgr crite2 camni.

daripada ramai yg duduk kt situ,sorang2 kne halau atau org pindah dgn rela hati. takdelah aku dgr cite buruk dr org yg keluar tu.. tp cite buruk mereka mmg slalu jer aku dgr dr mulut dy. ermm... selama ni aku ikutkan jer.. tp satu-persatu kesilapan dia terbongkar dpn mata,aku dah mula meluat sgt! skrg ni hanya tggl dia & partner in crime dy stay kt rumah tu dgn suami msg2. pnah juga rakan senegara dia kata yg dia ni mulut tempayan tp dah pelakon terbaik semua settled! camtu!

Ya Allah.. tunjukkan lah kebenaran dari semua yg terjadi... amin. aku hrp sgt suatu hari nanti dia yg akan kluar dr rumah itu. skrg dy HEBAT sbb dah bjaya buat semua org keluar dan gunakan org lain utk kesenangan dy semata. 

ada juga manusia mcm ni zaman skrg. depan ckp lain belakang mengata kita. dia suka cerita hal rumah-tangga org kepada org lain. baik ke mcm tu? masyaAllah...

Friday, August 5, 2011

ramadhan yg sunyi

1/8/11 ~ puasa pertama dpt berpuasa dgn suami dan berbuka bersama keluarga di kobena. terasa diri di hargai dan diselubungi kasih syg fmly suami. dpt juga masakkan lemak cili padi ikan tenggiri buat suami tercinta. nampak dia berselera berbuka.Alhamdullillah.

Tetapi saat itu seperti cpt berlalu.. hari ini aku terasa sunyi sgt kerana suami di Tampoi,Johor dan aku di Klang,Selangor. sepatutnya aku berada di sisinya waktu ini... puasa bersama.. berbuka bersama. tapi apakan daya.. kerana kesempitan dari segi kewangan kami terpaksa berjauhan kali ini.. sedih sgt hati aku ni. maafkan ayg ye syg kerana kita terpaksa begini. kita cuba perbaiki diri di masa hadapan. InsyaAllah.. bulan 10 nnti kita akan bersama & bersatu. 

I LOVE U so much.. 

Tuesday, July 26, 2011

atosku dah pulih!

alhamdullillah... berkat kesabaran,siap juga atosku seperti dahulu.tapi byk juga dugaan dan rintangan yg harus ditempuh tau.. tengah² mmg xde duit ni.. ada sahaja yg menghulur.terutama skali abah'... abah byk tolong aku kalau ada apa² yg tak kena.dia tau aku susah dgn tengok riaksi wajah aku jer.. tp sebenarnya aku bukan lah tergesa-gesa sangat nak siapkan,sebab aku tahu byk gunakan duit nak make-up kete ni...tp rezeki jgn ditolak ye tak hehe.... 3 tpt aku pegi utk repair... (1) ketuk - rm150.... (2) fiber (FUZA) rm400  (3) cat rm450 cube kire total tengok? @_@!!! takyah cite lah eh glurp!

1 lg cite bile kete tgh kt w/shop cat, dpt plak surat saman... tsentap juga jantung ni,bukan takut apa.takut NCD kena usik jer. minggu lepas 22-23hb aku ngan abah pegi balai... sok sek sok sek... dgn sarjan tu.. aku mmg tak ngaku salah. lantaklah nak jadi apa. klu tak settle mmg kena saman rm600!! fiuh! dlm kepala duit lagi... tp alhamdullillah sumenya dah slesai. kes closed. macam mana? takyah tau lah k.. huhu.... yg penting dua-dua pihak dah setuju kes closed. 

hasilnya atosku kembali pulih....

 taraaaa....



Wednesday, July 13, 2011

ATOSKU di sakiti lagi... =(

Pada malam 11hb Julai 2011 jam 11mlm.. aku,hubby & abah kononnya nak keluar makan char kueh teow di port klang.sebelum ke destinasi kami menuju ke simpang 4 utk beli rokok abah.lepas beli rokok nak keluar ke jalan besar kami terlibat dgn kemalangan dgn motor.si penunggang & pembonceng tu tak alami kecederaan yg parah cuma skit shja yg sgt parah ialah kereta atosku :( sedih sgt time tu.. selepas tersedar kami dilanggar dgn kuat,tangan suamiku menggigil terkejut. kesian suamiku... aku faham perasaannya waktu itu.. kerana aku juga pernah mengalami kemalangan yg lebih teruk dari itu.

motor BJE 1228 tu ditunggangi leh Azaram bin Ramli. yg paling takleh blah dia bleh bawa motor yg terlibat tu balik ke rumah dan menukar dgn motor lain selepas beberapa minit kemalangan itu berlaku. aku mmg naik hangin dgn budak tu.. cuma kesilapan yg kami lakukan ialah kami tak ambil no ic budak tu.sbb skrg ni dia dah lari dr tanggungjwb utk bayar ganti rugi kereta aku... kami mulanya bertegas utk report polis mlm itu.tetapi disebabkan abg Zed (agent insurance kete aku) kata tak perlu jika mereka tak report, buat aku pening sekejap. aku tknk claim NCD aku sebab dah sampai 55%. malangnya kami mmg rugi besar malam tu... aku mmg takleh lupe muka budak tu,nantilah klu aku jumpe dia 1 hari siap die aku mintak duit!

pagi tadi aku dah hantar pergi ketok dan kena upah rm150. skrg ni aku tgh tggu kawan aku cari barang kt kedai potong kot2 ada bumper yg cun2 leh dapat.klu tak dapat juga aku terpaksa hantar ke FUZA utk dibaiki & pasang bumper baru berharga rm350 glurp!! nak wat camne... skali lah aku betulkan retak bumper depan yg dah lama aku peram tu... rasa mcm nak cepat jer kete tu cantik semula sebab aku nk betulkan handbrake light pula.. takut brake ada problem pula... ya Allah byk betul dugaan yg datang... tetapi takpelah,aku redha.. Tuhan sengaja menduga kita.. aku & suami pasrah... 





Tuesday, July 5, 2011

rumah sewa oh rumah sewa

sepanjang berada di jb minggu lepas.mcm2 perkara yg klakar berlaku.aku sampai JB jam 2 pagi.. naik bas jam 8mlm,fiuh! penat betul hari tu.yelah balik keje jam 6.30ptg klam kabut siap2 trus suruh abg hantar pegi Terminal Central.sampai JB aku lapar,so kitorg makan kt d'kelapa cafe.. lepas makan aku & hubby trus balik rumah. Abah jb & Aziah xde kt rumah ikut ayob sekeluarga pegi Mersing. smpi rumah mmg aku rasa mcm nak pitam,berdiri pun tak betul.trus aku tido.

Esoknya pagi2 aku & hubby dah keluar.niat di hati nak ke Courts Mammoth utk cari peti ais & mesin basuh.punyalah bersemangat aku pilih yg berkenan di hati,skali bila sales girl tu check nama aku clear.. skali bila check nama hubby aku tak clear?! hahaha... sales girl tu trus kata tak boleh buat loan.aku mmg terpinga2 juga, kena dua2 nama ok ke? nape tak guna nama aku sorang? mmg tak patut betul lah.. stress aku dibuatnya.tapi mmg klakar ler masa tu,kitorg pecah perut dalam kereta.lepas tu hubby kata jomlah kita hilangkan stress tgk Transformer.. kitorg pun menuju ke Jusco Tebrau. taknak tgk kt City Square sbb parking dy mahal giler. klu JJ rm1 jer huhu... smpi kt palang parking nak masuk JJ tu.. tekan2 ticket tak kluar plak.... so trus interkom guard. mcm2 lah haha... bila time nak beli ticket wayang,punyalah panjang line.nak taknak tpaksa beratur dgn sabar.amik time yg paling awal 1.50pm dpt lah seat depan haha.. dah lah 3D.. bpinau2 mata huhu.... sementara tggu movie start ada masa 2jam lg,so kitorg lepak kt pizza.mula2 igt nk mkn yg small jer.. skali tak cukup.tambah lg 1 haha... teruk betul melantak! balik dr movie jam 5ptg. taktau nak buat apa,lepak dkt Stulang,hubby makan mee rebus (sedap!) aku mkn kopok lekor,fishball & ayam. konon2 kenyang sgt takmo makan dah.. lepas minum kami balik rumah.. mandi siap2 kluar balik pegi makan kt Zorro Stulang... ya Allah bape kali makan daaa... order lah ayam kunyit,kailan ikan masin & telur dadar.. makan smpi dah nak tkeluar balik haha... lepas mkn tu igt nk pegi pasar Karat. skali jem gile,parking plak xde.. balik lepak kt d'kelapa cafe.. dah tak larat nk mkn dah.. order air 1 share! huhu... ada plak sorang budak lelaki ni dtg2 trus salam cium tangan hubby terpinga2 jap kitorg hahaha....

Hari Ahad tu kitorg bangun lewat giler.kul 12 tengahari huhu... teruk betul.lagipun aku period tu yg tak kesah sgt.. lagipun smlm penat sgt 1 hari bejalan. siap2 mandi hubby dah tggu kt kete. jalan lagi.. tp kali ni round2 cari rumah sewa kt Perling. ada 1 taman Laguna tu.. fuyoo sgt menarik tpt tu. mmg klu aku ada duit nak jer aku menyewa kt situ,atau trus beli huhu... lalu plak dpn rumah sis Linda.call dy,diorg plak kt Angsana. so kitorg pun jumpa kt Angsana & decided nk lepak kt AliBaba koke.. haha.. masing2 lepaskan vocal smpi letih huhu... lepas koke kitorg balik umah,hubby ajak Ramadan,Linda & anak2 makan kt d'kelapa cafe mlm tu.. so mlm tu kitorg lepak lagi. lepas makan kitorg pegi pasar Karat. kali ni berjaya dpt parking sbb tak ramai. cari sekali hadiah utk abah JB utk bday dy pada 10 July 2011. kebetulan aku tak balik time tu.so kire aku dah wish dy dulu ar... hehe... pandai tul menantu abah ni kan hahaha....

Isnin tu aku dah nak balik Klang.sebelum balik smpt lagi cari rumah sewa.. browsing kejap kt mudah.my dan etc.. dpt 2 rumah flat. 1 kt tampoi, 1 lagi kt Mutiara Rini.. aku minat yg kt tampoi.lgpun dekat dgn umah abah.hubby pun senang nk pegi niaga nanti klu aku x dpt hantar.. tgklah camne sbb Tuan rumah tu kata penyewa dia belum keluar,tgh tggu visa nk keje kt s'pore ke apa ntah. aku kata dgn dia takpe aku bleh tunggu. klu ada rezeki dptlah rumah tu kami sewa. 

Hari ni aku dah kt klang.. perjalanan kami masih jauh. aku harap org disekeliling aku faham dgn situasi kami.. sekarang mmg kami susah sikit dari segi kewangan.tapi kami bukanlah branded person,so kt situ dah kurang bebanan buat kami.kami tak suka nak buat sesuatu perkara tu tergesa2.. bak kata hubby pelan2 kayuh.. InsyaAllah kami nak target 3 tahun utk kami naik lagi 1 atau 2 tingkat kepada kehidupan yg lebih baik. Doakanlah kami.. amin

Tuesday, June 28, 2011

aku isteri,sahabat & teman...

alhamdullillah... dah masuk 2 minggu bergelar isteri.walaupun kami berjumpe dihujung minggu tp aku tetap jalankan tanggungjawab aku pada suami tercinta seperti biasa. Dia seorang yg soft spoken bila berdepan dgn aku.stakat ni tak pernah dia tinggi suara. Yg paling aku kagum,dia rajin solat sekarang ni.. alhamdullillah... kami juga kdg2 cuba utk luangkan masa berjemaah.. mmg terasa nikmat sekali!

syukur sgt2 sebab InsyaAllah aku sudah dijanjikan kerja di Pontian sebagai HR & IT Manager. walaupun agak takut utk memikul tanggungjwb yg besar tu tapi InsyaAllah akan ku cuba melaksanakan sebaik mungkin. Rezeki suami di warung pun semakin bertambah selepas berkahwin. Alhamdullillah rezeki mmg ada cuma kita perlu ikhtiar & slalu berdoa, tak gitu? niat utk membesarkan perniagaan mmg kami idamkan.. kata suami "pelan2 kayuh" aku setuju sangat! jgn terlalu mengejar kekayaan kelak akan memakan diri sendiri.

alhamdullilah kami juga bebas hutang selepas berkahwin ni. Itu yg paling penting. aku cuma berhutang dgn akpk shja.. itu pun lagi skit.. cepatlah habis. bolehlah aku buat loan beli rumah sendiri nanti. cakap pasal rumah, kami sdg mencari2 rumah di sekitar Tampoi,BBU atau Perling. mujurlah sepupu aku Linda rajin buat searching cari rumah sewa hahaha... hari sabtu ni nak pegi tengok,sewa RM400. rumah kembar dua sparuh batu separuh papan,dkt jer dgn rumah si Linda ni huhu... xdelah aku sunyi nanti klu confirm nak menyewa kt situ. ^_^

aku hrp2 sgt apa yg kami impikan terlaksana.. yg penting kerjasama!! tol tak? huhu...

Wednesday, June 22, 2011

Just Married

Kami selamat diijakabulkan pada 10/6/2011 jam 10mlm.. abah sebagai wali telah menikahkan kami dengan sekali lafaz. Alhamdullillah....

Hari persandingan telah berlangsung dgn meriah sekali pada 11/6/11 sabtu. ramai juga fmly dan saudara-mara yg hadir.tidak dilupakan rakan-taulan yg memeriahkan majlis... tidak dilupakan jiran² yg byk membantu... tak terbalas jasa² diorg...


Terima kasih tak terhingga buat abah yg bertungkus-lumus menyiapkan hantaran,bilik & pelamin utk anak bongsu dia ni.. dan kepada kak Long yg byk bersusah-payah melengkapkan semua persiapan majlis,aya sgt² berterima-kasih... takkan aya lupakan susah-payah kak Long selama ini.. semoga 1 hari nanti Allah swt akan balas jasa² kak Long.. 

tak lupa terima-kasih buat abg izam & aliaa juga chachaniena yg byk tolong & bg moral support sepanjang masa sebelum & selepas majlis. tanpa korang susah juga aya nak hadapi rintangan  ni sorang². love u'll so much!

pada kakCik & abgCik terima-kasih bantu aya ke arah membina masjid huhu... kesian korang kena balik m'sia dlm kepenatan sbb flight delay... tq kerana sentiasa berada bersama aya & memberi sokongan... aya syg korang sgt²! dan tq buat abg cik sbb bg aya basah lencun kena siram air teh hahaha.... 

Byk jasa² yg disumbangkan dlm menjayakan majlis aya & azmi.. terima kasih byk² buat pakLan,makUsu,udha,shah,girl,boy... cik chah[chef],cik jeff... abg Nan[chef],kak leha,udin [pengapit].. auntie Ara (tq auntie,smpi amik cuti).. linda,ramadan,hawa & adam.. ayie ,hayra& ina.. masni,zamri,joe,niza,kak june,kak ina (seluruh fmly cikgu shahmin).. abg basir  sekeluarga... abg Tammat sekeluarga & semua kroni² jln tenggiri.. & kwn²ku... azzee [tq make-up kan kita time nikah],syefa,nik,azza,myra, nadia [mak andam], syahril & shook  dan jebard zamani[photographer]... tak lupe pengapitku Atiqah yg byk bantu aku dari mula..   syg korang semua!! 


tq  juga buat sahabat²ku yg dtg esp Eda yg dtg dr Batu Laut,Catherina,Mrs Koo [lady boss]..  my bff Fong,Prema,Ng,Sue.. tq THmers & MYAC yg sudi hadir.. Noorida & suami yg sudi hadir dari Rawang.. kwn² RZ,SKTG,SAL College dan semualah... xdpt nk sebut semua org.. terima kasih banyak kerana beri sokongan... =)


Thursday, May 5, 2011

hidup tak selalunya indah

Semalam mmg aku betul2 terpukul.satu2 nya kekuatan yg aku ada musnah sama sekali.ku sangka panas hingga ke petang rupa2nya hujan ditengahari.walaupun semuanya telah dpt diselesaikan tapi parutnya masih dalam.masih terngiang2 di telinga aku ni... aku pasrah.semua org memandang rendah pada aku.semua org mengata aku & dia tak mampu utk berdiri sendiri.kejadian ini lebih menguatkan semangat aku utk lebih maju ke hadapan.akan ku buktikan yg kami bukan seperti yg mereka sangkakan.InsyaAllah.. 

kalau lah emak masih ada.mungkin semua ini tak akan berlaku.aku pula asyik menangis sendiri.berjuang sendiri utk kebahgiaan sendiri.jiwa aku dah tak sanggup utk menerima segala kekusutan yg ada.ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada kami.kami sudah tidak ada tpt bergantung lagi.kami perlu berdiri sendiri selepas ini.permudahkanlah segala urusan kami.

setiap hari aku berdoa supaya tiada lagi sebarang masalah yg akan timbul.kenapalah mereka semua suka jadikan aku seperti budak2 hingusan.seolah-olah aku tidak pandai berfikir & membuat sebarang keputusan utk diri sendiri.percayalah! setiap yg aku lakukan telah aku fikir masak2.. susah2 aku sekarang ini aku tak pernah nak libatkan org lain.kenapa mesti org lain pertikaikan setiap apa yg aku buat.mulut org mmg tak boleh nak tutup.jagalah tepi kain kamu sendiri dari sebuk dgn hal kami yg baru ingin membina hidup tanpa ehsan org lain.

biar mati adat jgn mati anak... fikir2kanlah...

Thursday, April 14, 2011

3 things you should never break: Relationships, promises & someones heart...

Relationships
Bukan senang nak dpt cinta sejati. cinta sejati sanggup berkorban apa sahaja utk yg tersayang. org kata bila dah bercinta buruk dia nampak baik jer. tapi kita kena kenal hati budi dia dan yakin suatu hari nanti hubungan itu menjadi lebih akrab disebabkan usaha kita bergaul dgn yg tersayang sebaik mungkin. mmg akan ada percanggahan pendapat tetapi bila di selang-selikan gurauan dan tolak ansur pasti hubungan itu akan menjadi lebih baik.

Promises
Bila dah berjanji sebaik2nya kita tunaikan.tidak mengapa jika kita tak mampu utk tunaikan tetapi cubalah berterus-terang jika ianya diluar kemampuan kita. jika tak mampu jgn berjanji terlalu awal. cuba utk tepati janji-janji yg telah kita luahkan sewaktu bercinta... jgn hanya sedap di mulut.. jujurlah pada diri sendiri.

Some1 hearts
Hati & Perasaan harus dijaga dgn baik,walaupun ianya bukan milik kita. tetapi hari ini hati aku luluh kembali,ketenangan yg sementara di cacatkan dgn hati yg busuk. ke mana harus aku mengadu kerna tak ada seorang pun yg akan menyebelahi aku. sejak kebelakangan ini hati aku sering terasa & goyah.. kalau lah arwah emak masih ada takkan semua ini berlaku. tapi aku pasrah.. biarlah aku menangis setiap hari mengenangkan nasib hati yg perlu aku jaga. aku tak mampu utk bertahan lagi jika sering di gasak dgn kata-kata yg menyakitkan.. tolonglah memahami kekusutan yg aku alami.. jgn pentingkan diri sendiri.. jika ini yg harus kami terima biarkan kami terima.. tetapi jgn terlalu awal mencaci ketidak sempurnaan kami... kami masih mampu hidup & bertahan... masih kuat utk mencari sesuap nasi.. masih ada tulang 4 kerat... barang yg lepas biarlah berlalu jgn diingat lagi.. Tuhan Maha Adil.. sedangkan Nabi ampunkan umatnya... my heart is broken into pieces.... 

Sunday, April 3, 2011

happy

tadi syg dah pulang ke jb.tinggalkan kenangan yg indah 2 hari lepas utk aku nikmati huhu...

sepanjang syg kt sisi,dah dpt settle lagi pasal baju bersanding.. mula-mula sampai kedai mak andam, muka monyok tak senyum bila suruh cuba baju yg aku pilih,sekali aku tanya kak sab ada baju coat hitam tak? kak sab pun kluarkan lah patern yg ada blazer kt dlm.. wah! trus muka syg berubah dan senyum mcm kanak² dpt gula². baru aku tau dia suka yg itu,lain dari yg lain katanya.. hahaha manalah aku tau dia nak pakai baju apa kan? hehe...

baju aku dah siap,aku amik mlm sabtu dari Wahida si tukang jahit labuci. memang baju tu nampak lain dan cantik! mana taknye aku kena byr rm350 fiuh! bpeluh² aku kuarkan duit.. huhu.. tp aku puas ati dgn hasil tgn dia.. thanks Wahida!
semua kelengkapan aku dah sewa dari mak andam.. baju semua dah ada.. alhamdullillah dah siap hal² kelengkapan diri. hantaran pun dah ada semuanya kecuali lg 1 barang.. masih tgh fikir nak beli apa. ada idea tak? hehe... tp tak kesahlah janji aku dah buat semuanya sendiri. aku tak nak susahkan org. 

hari ni aku betul² mengantuk. tak tahan sangat mata ni. ingat balik nanti nak tido. tp ada masalah plak dgn reuter kt umah tu.. haish! nak kena betulkan pulak.. leceh betul ar.. apapun aku nak tido gak kejap. huhu...

Monday, March 14, 2011

Tsunami

Tanggal 11.3.11 gempa bumi & tsunami melanda Jepun...sungguh menyedihkan dan aku sgt bersimpati dgn rakyat Jepun.Dalam masa yg sama,sgt takut dgn gejala ini yg telah memasuki fasa ke pacific region.. yg terbaru KK Sabah dikuatiri akan di landa serpihan tsunami.Aku hanya dpt berdoa supaya kita semua dilindungi dari semua ini.Doa sentiasa bertabir dibibir.. hati asyik memikirkan kesusahan yg dialami mereka.

dlm pada berita tsunami sana-sini.Hati aku pun dilanda tsunami.. semakin hari dekat dgn hari bahagia aku,aku semakin runsing dgn masalah kewangan.taklah kronik sgt.tp bila aku dh budget utk byr duit brg bln depan aku terpaksa guna duit itu utk betulkan kereta yg rosak.tiap-tiap bulan ada sahaja belanja yg aku wajib gunakan.tp aku bukan merungut cuma dugaan ini kadang2 jadikan aku bersedih dan kusut.sampai bila agaknya....

bila kwn2 ajak aku kluar pun aku tpaksa tolak sebab aku mmg takde duit nak keluar walaupun utk minum teh.duit petrol pun aku kdg2 budget gile! aduhai.. aku nak cari kerja part-time smpi skrg tk menjadi.bila agaknya aku dpt buat apa yg aku ingini.

Kepada kawan2,aku harap diorg tk kecil hati bila aku tolak pelawaan.sebab aku tk pernah nak bagitau masalah sebenar aku pada mereka.harap diorg tk marah aku dgn penolakan aku tu.

aduii kepala aku dah sakit @_@

Saturday, March 5, 2011

kalau kita buat baik dibalas baik kan?

dah lama tak update blog.agak sibuk dgn persiapan perkahwinan diri sendiri.. di tambah pula kusut fikir pasal bos nak tutup company tahun ni.yelah bila dah tutup nanti aku dah takda income,mcm mana nak byr hutang2 kan.mmg kena segera cari kerja baru,tp dek kerana setia dgn bos,aku sanggup habiskan sisa2 kerja sampai abis... harap2 bos jgnlah tutup sebelum aku kahwin.minggu lepas,secretary bos tanya aku lg bila aku nak berhenti,aku pun jwb yg aku akan kerja sampai abis.. walaupun lepas kahwin nanti. dia pun senyum lebar sbb kerja2 kt office tu byk yg pending lagi.... aku pun leh senyum lebar.....

Tunang aku pun dah bg green-light bg aku kerja smpi abis.dia kata takpelah mula2 duduk jauh2.. bila dah settled semua baru mula hidup baru dgn dia.. alhamdullillah dia sgt memahami. tapi aku boleh ke hidup jauh dgn dia? hahaha....

aku nak tanya lah... kalau kita buat baik dgn org mesti kita dapat balasan yg baik kan? tapi mengikut pengalaman yg aku lalui sekarang hakikatnya mmg tak releven langsung! sbb apa aku kata mcm tu. ianya terjadi dlm keluarga aku sendiri. tak perlu aku nak buka pekung di dada atau bercerita keburukan keluarga sendiri.tapi kalau ikutkan kita perlu ambil ikhtibar dari apa yg berlaku.

dari hari ke hari... bulan ke bulan.. tahun ke tahun... kisah ni takkan abis kerna perasaan dendam & tak puas hati sesama kita.kenapa susah sgt manusia nak tunduk pada ego sendiri.kenapa tak boleh nak terima kesalahan sendiri.yg buruk itu dtg dari kita,yg baik itu dtg dari Allah swt.itupun kita sebgi hambanya masih tak nak berubah dek kerana ego.

bila tak boleh nak berdepan sanggup balas secara halus.astagfirullahalazim.... mengucap panjang aku dgr prangai masing2.hidup ini sepatutnya kita berkongsi buruk baik bersama.ini tidak masih nak sorok2 sebab diri sendiri takut dgn bayang2 sendiri.... 

aku berdoa pada tuhan supaya membuka simpulan yg membelengu keluarga kami seterusnya dpt meleraikan dendam yg ada.kenapa dendam? sbb klu hati kita bersih takkan ada sifat2 yg sekarang ini... tp sebab dendam dan tringat diri pernah di aniaya??? kononnya... hahaha.... itulah,bila ada seorang dlm keluarga yg jadi penasihat terpimpin... huhuhu inilah akibatnya.

bagi aku hidup ini bagaikan roda,kadang-kala kita di atas... kadang-kala kita di bawah... aku juga termasuk dlm golongan ini.aku tak kata aku tak buat salah langsung.tp bila aku tak buat,org tuduh aku buat.. mmg aku takleh terima tp aku redha.sebab org yg tuduh aku tu mmg belum kenal siapa aku.kalau dia kenal aku dgn lebih mendalam mesti aku akan jadi BFF dia dunia akhirat.... hehehe

aku nak lupakan semua yg berlaku tapi bila aku dah lupa.. tiba-tiba timbul kembali.. so apa perlu aku lakukan? ermm.... renung2kan dan selamat beramal ekeke...

lebih baik aku fokus cari duit dan hal2 kahwin aku dulu... itu lebih baik kan!

i love my fmly!



Sunday, January 30, 2011

bumperku pecah lagi...

atoiii.... masa nak parking kat jusco tadi terlanggar bonggol curam krakkkk... pecah! 
rasa mcm nak nangis kejap tapi lepas tu rasa mcm dah takdir ar... kena tuka bumper baru tu rasanye huhu... xpelah terima jer dugaan ini...

w/pun begitu,shopping tetap shopping... dapatlah beli kasut utk bersanding.. cantik AB kata.. ;) pastu g cari perfume utk die kt body shop. mula2 dah tgk yg kt jusco mcm Polo.. Dunhill.. lg 1 tu Ralph Lauren kot lupe plak.. tak pandailah psl perfume lelaki ni tp die prefer nak perfume body shop gak.. so ikut jer.. die kata mula2 takyah beli mhl2 dlm 80 ke dah cukup.. terharu gak die bukan jenis branded. lg satu die ni belanja ikut kemampuan.. tak suke ikut2 org.. itu yg aku syg sgt kt die.. tak perlu nak menunjuk klu xde duit.. semoga hidup kami lebih sempurna kelak... 

brg2 hantaran aku & die tggl 1 jer lom beli. alhamdullillah... yg 1 ni nak cari special skit.. jam ke.. blackberry ke... ekeke.... good luck to me!

Monday, January 24, 2011

Puteh tinggalkan aku buat selama2nya...

22 January 2011 puteh pergi buat selama-lamanya.kucing aku ni manja dgn aku.kalau balik kerja mesti dia tunggu aku di tpt parking kereta dgn adik dia tiger. mama dia cici hilang entah ke mana.kesal juga sebab cici hilang tanpa khabar berita.

Punca kematian puteh dari aku.hari sabtu tu aku dah bsiap nk jumpa kwn baik aku utk lunch dan kemudian kami nak pergi jumpe taylor baju sanding aku utk jahit labuci.. slalunya kucing2 aku tau bila aku nak keluarkan kereta. aku dah lama panaskan engine kereta,bila aku reverse sedikit tiba2 aku dgr jeritan kucing,aku tau aku dah langgar lalu aku gerak ke depan semula dan bergegas keluar.aku nmpk putih lari ke semak sebelah rumah jiran,dia berguling2 kesakitan.aku panik dan aku panggil2 nama dia.dlm beberapa saat dia layu.. aku tarik dan peluk dia smbil memanggil nama dia.aku tau dia dah takde,aku menggigil risau,panik,sedih dan mcm2 aku fikir. aku angkat dan letakkan bdn dia yg masih panas dan aku letak atas tuala. aku usap2 kepala dan badan dia sambil meminta maaf... "puteh k.yaya tak sengaja... jgn tgglkan k.yaya.." berulang2 aku sebut. tapi Tuhan lebih sayangkan dia... aku tergamam dan menangis setiap mlm mengenangkan kejadian yg berlaku.

aku dah nak kahwin.kucing2 aku mcm tau aku akan tinggalkan diorg.... itu sebab aku rasa satu persatu mereka tinggalkan aku... ya Allah... kuatkan hati hambamu ini menerima dugaan ini.. 

Puteh sayang... tunggu daku di pintu syurga ya'...... 

Tuesday, January 18, 2011

demam =(

Hari masuk hari ke 4 demam. last demam masa AB balik jb pada 3/1/11~bday yaya :)
tak tahan betul demam kali ni,AB kata demam nak kahwin kikiki... iyekan jer.. bila dah demam ni mesti tringat kat dia jer.. napelah dia jauh sgt? 400++km ermmm.... pernah tak korang bercinta jarak jauh mcm tu? kalau yg pernah mesti tau mcm mana feel cinta tu kan? ^_^

nak kata demam byk keje tak juga.ni gara2 hantar kak long ke hospital aritu. trus berjangkit... kak long? sejak krisis aritu dgn AB dy dah mcm lain jer.. aku? rasa mcm2.. malas aku nak amik kisah hal org merajuk ni.. mengalahkan aku yg nak kahwin. kalau ikutkan.. aku yg patut merajuk & berkecil hati. ni dah terbalik pulak... 

tapi aku bangga dgn AB aku,dia marah sekejap,dendam pun sekejap... tak pernah dia nak marah org lama2 walau apapun org buat kat dia.. dia ikut kepala dia jer.. itu yg buat aku syg dia sangat. lagi 1 sebab dia pandai jaga hati keluarga... walaupun dia sendiri yg nampak salah atau jahat. takpelah syg... 1 hari nanti kita buktikan yg kita pun mampu hidup bahgia mcm org lain. kita beli beemer idaman kalbu,kan! hehe...

cita-cita kami nak hidup bersama mmg menjadi idaman.... mcm2 kami nak capai nanti. InsyaAllah dgn berkat sokongan fmly & kwn2 harapan kami akan tercapai hendaknya... Amin....


Monday, January 10, 2011

senyum sampai ke telinga

hari ni mmg dah nekad nak buat perubahan drastik.mmg dah lama kami tunggu -tunggu saat ini.si dia telefon dan bersetuju utk menetapkan tarikh?! waaa... sronoknya hati ini,macam nak melompat tinggi dan menjerit horey! thank you sayang! si dia pula asyik telefon.. kejap2 telefon.. haha... lagak seperti kanak2 dapat mainan =p si dia sgt happy dan menyatakan dia tak sabar utk hidup bersama. aaaahhh.. alangkah bahgianya hatiku mendengarnya.. hehehe... dah2 cukup nak poyo2.. kikiki... dalam kepala otak ni dah start fikir byk benda nak disiapkan! nasib baik dah prepare skit2 dari awal... huhuhu...
ok yaya! back to work! kita sambung nanti ye? tarikh? hehe... nantilah bagi surprise kemudian huhu...

Sunday, January 9, 2011

السلام عليكم


hi ALL! yaya baru dalam dunia blog.saja nak kongsi crite ttg kami.. hehe... bertunang pada 21 Feb 2009 dan pelbagai rintangan telah kami harungi bersama.. yelah mmg org tua2 kata betul.. zaman bertunang ni byk sgt dugaan. antara tahan dgn tidak. dugaan nya pula dari pelbagai aspek cthnya dugaan dari diri sendiri, fmly & juga sahabat. bukan senang tau! kepada yg dah berkahwin mmg faham sgt lah kan? hehe... 

alhamdullillah... walaupun kami di duga dgn dugaan yg sgt berat tapi kami tetap teguh bersama. bukan tak pernah bergaduh,tipu lah kalau kata slalu happy jer kan? tapi betul lah dgn byk berkomunikasi dan mencari jalan penyelesaian bersama mmg kita dapat atasi semua itu.

CEMBURU? mmg ini dugaan paling menyakitkan tapi biasalah kena harungi juga. kita yg control hati kita kan? jadi kita kawal hati ini dgn baik. InsyaAllah semua akan dapat kita harungi.

yang penting jgn biarkan sesiapa pun mematahkan semangat dan cita2 kita menuju ke jinjang pelamin! hehe....

semoga apa yg kami hajatkan di lindungi & diberkati Allah swt .... amin